Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 12 March 2012

RH Hotel Sibu Selesa

Satu hari yang sangat meletihkan, selepas berkejar ke sana kemari dari pagi hingga ke petang akhirnya malam ini aku dapat merehatkan diri dan bersantai2 depan laptop.Hmm..malam nih aku malas bercakap tentang perkara yang sama tapi lebih tertarik untuk menempek beberapa gambar just untuk suka-suka disamping sebagai rujukan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke negeri Sarawak terutama ke bandar Sibu.Bagi pencari2 hotel tu leh la megadap seminit dua gambar yang cuba aku tayangkan dalam entry aku kali ini.

Pandangan pertama aku pada hotel nih nampak agak cool dengan ruang bilik yang dihias agak simple..sesuai dengan tema dan harga yang dikenakan.Dan aku leh syorkan bahawa hotel ini sesuai bagi pencari hotel yang ingin mencari sewa bilik berbajet sederhana dan selesa.Untuk bilik yang aku gunakan nih mungkin leh masuk 4,5 orang kut tapi kita orang bertiga jer kuikuikui.Cuma apa yang membuat aku agak pelik ialah bilamana Hotel yang bertaraf 3 atau 4 bintang begini tidak disediakan peti sejuk kecil yang kebiasaannya aku leh nampak disetiap hotel2 yang pernah aku stay sebelum nih hehehe.Tapi takpa laaa..cara pengurusan,pentadbiran,hiasan dan kelengkapan bagi sesebuah hotel nih  mungkin tak sama.Lain hotel lainlah kemudahannya ye takkkk?? hehe Kalau nak try hotel nih leh la gi RH Hotel Sibu ye..takde kaitan pun ngan aku untuk promot2 nih tapi just untuk sharekan pandangan aku jer dan untuk Hotel nih aku bagi markah 7/10 hehehe..Yeay!


 Nampak sempit je dalam gambar nih tapi sebenarnya agak luas ye sampai puteri aku leh jer berlari2 anak hehehe

Keadaan bilik mandi dan tandas,,,..opsss..bathtub belah kanannya aku tak capture.ye..malas aku nak meyelongkar lebih2 huhu

 2 katil Queen saiz yang aku kira agak selesa 

Benda nih saje aku tempek sini ekekeke

Keadaan tempat letak kasut, Tempat gelas air dan almari gantung bersebelahan dengan pintu masuk..Ruang yang agak sempit tapi aku rasa sebesar nih pun dah cukup,bukan lama pun nak stay sini ye takkkk...

Kedudukan Tv dan meja yang strategik ngeeee

  
 Pemandangan sebelah siang dari tingkat 6 dari bilik tempat aku stay

 Ni pulak keadaan waktu malamnya yang dipenuhi lampu2 bergemerlapan ..

Pautan Hotel lain

No comments:

Followers