Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 15 March 2012

Aktiviti cuti

Alhamdulillah,beban yang aku rasa terrrrsangat berat 2,3 hari lepas kini beransur hilang.Segala benda yang menyemakkan kepala aku seminggu dua nih tidak lagi mengganggu fikiran apabila tugasan aku selesai. Jadi buat masa ini aku leh berehat dan membayar semula masa2 rehatku hehehehe..What a lucky day..Mr.Hubby turut menggambil cuti setelah lama tak beristirehat bersama family dan mungkin juga faktor keletihan menjadi driver aku  hari isnin lepas juga turut menjadi alasan ekekeke..Apa nak buat,hanya
dia saja yang boleh aku harapkan untuk melancarkan segala perjalanan tugasanku hehehe..

Hmm..cuti yang diambil tidaklah lama tapi rasanya cukup untuk kami singgah di kampung halaman aku dan bermalam sehari dua.Walaupun ibu tercinta masih syok melancong dan bershopping sakan di KL selama beberapa minggu,itu tak mematahkan semangat aku untuk menjenguk ayah dan adik2 dikampung.Tak mengapalah,biarkan ibuku bercuti sepuas hati dia,2 minggu lagi balik la tuuu.....lagipun ayah aku kan ada kat kampung hehehe..

Bila tiada ibu menemani,terasa sedikit perasaan kosong dan suasana rumah pun terasa berlainan, tapi untuk menghilangkan rasa itu maka aku bercadang hendak mengikut ayah dikebun pula untuk mengisi masa terluang yang ada.Sudah semestinya aku heret Mr.Hubby dan puteri tersayang bersama-sama.Lagi baik aku melepak dengan ayah dikebun sambil berbual-bual dari aku terperap kat rumah ngadap dinding lagi ekekeke..Aktiviti 2,3 hari nih tak la banyak mana tapi aku tetap rasa gembira kerana sedikit sebanyak aktiviti ini mengisi hari2 cuti kami 3 beranak..Alaaa..bukan selalu pun dapat enjoy di kebun,lagipun aku suka
dengan suasana tenang dan damai chewahhhhh...Puteri aku pun apa kurangnya bila dah jumpa 2 orang "Unclenya",happynya dia sampai tingkahnya pun payah untuk aku tegur hehehe..Namun aku lega sebab hilai tawanya sedikit mengubat rasa stress dan keletihan minda minggu nih.Yeay! (^,^)

Amboi puteri aku nih,ngalahkan mama dia pulakkk
 
 Mr.Hubby mencedok pasir yang melimpah akibat hujan lebat..kerja keras nampakkkk??

 Siapakah gerangan orang yang memanjat ini? ekeke...Tak ada galah panjang untuk panjat Pokok Petai,guna bantuan pokok rambutan pun jadi lah

 wohoooo...mari2 beli petaiiii..apssss..ini terbaekkkk dari kebunnnnn yeeee..

Ready nak buat sambal petai..yummmmmm...yummmmm

No comments:

Followers