Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 20 March 2012

Nostalgianya Sarikei

Hari ini berlalu dengan pantas dan perjalanan ulang-alik dengan menggunakan Bot Express ke bandar Sarikei agak memenatkan namun syukurlah kerna selamat pergi dan kembali.Alhamdulillah segala proses temujanji juga berjalan dengan lancar dan di entry kali ini aku lebih suka bercerita tentang perasaan aku bila kembali ke Bandar Sarikei hehehe..


Perjalanan pendek terasa sangat bersejarah.Inilah saat pertama kali aku menjejak kaki ke bandar Sarikei semula, setelah agak lama aku tidak kembali sememangnya memberi sedikit impak terhadap perasaan aku.Aku ingat lagi,aku dan keluarga meninggalkan bandar itu sewaktu aku berumur 15 tahun dan separuh daripada zaman kanak-kanak dan remaja aku bermula di situ.Hmm...Apa yang boleh aku katakan bahawa,Bandar itu sememangnya memberi aku seribu satu kenangan yang aku sentiasa ingat hingga kini. Disitulah bermula kenangan manis dan disitulah juga bermula kenangan pahit untuk family aku.Setiap kali kakiku melangkah pasti aku merasakan bahawa di  setiap jalan-jalan atau lorong-lorong itulah tempat aku dan adik beradikku berlari-lari..Satu perasaan yang membawa aku kembali ke zaman kanak-kanak. Terpandang wajah2 yang pernah aku lihat ketika zaman kecilku juga mengingatkan aku bahawa sememangnya masa begitu cepat berlalu hingga menelan wajah yang dulunya licin,sekarang nampak agak berkedut.Ayat aku nih macam hidup nih sentiasa muda lak kannn..hehehe...Tapi apa2 pun...aku boleh melihat perubahahan yang besar pada bandar dan penduduk itu sendiri sememangnya agak ketara...tersangatlah jauh berbeza. Kalau dulu aku lihat pembangunannya agak slow dan sekarang..hmmm..perubahannya mampu membuat aku mengukir senyuman dibibir hehehe...Owhhhh..tapi yang pasti menjejaki tempat lama lebih membuatkan aku rindu akan kenangan2 lama..rindunyeeeee... huhu...Wahhh..malam ini aku jadi sedikit sentimental ekekeke..layan jer laaaa

Tapi hari ini apa yang membuat aku lagi happy bilamana aku berjumpa salah seorang bekas "Classmate" dan "Bestfriend" aku dulu yang selalu aku panggil dengan nama "As". Pertemuan yang tak dirancang, tak diduga dan tak terlintas difikiranku waktu itu.Pertama kali terpandang aku terus mengenalinya.Hmm walaupun aku dapat melihat perubahan yang aku rasa agak cute hehe..Alaa..dah masuk angka 3 series takkan takde berubah lak ekekeke...Tapi itu tak mengapa kerna masing2 ada hak dan gaya tersendiri..who cares???.Apa yang penting,hari ini merupakan hari yang bertuah buat diri aku setelah 17 tahun tak berjumpa dengannya dan akhirnya hari ini Allah pertemukan kami semula di Kedai makan Ibunya.Wow...sesungguhnya aku menjadi sedikit teruja selepas pertemuan itu  hingga aku terkenang-kenang bila duduk didalam bot express.Memang benarkan kata orang "Dunia kita nih kecil je,putar2 kat situ juga", jadi tak payah pening..kalau bukan hari ini..insyallah esok lusa kita akan jumpa juga..Jadi untuk kenangan, perjalanan aku tak lengkap sekiranya tiada gambar..meh kita tengok sama2 gambar yang sempat aku ambil.Yeay!

Lorong nih merupakan lorong favourite mak aku suatu ketika dulu..kawasan nih dipenuhi dengan baju2 dan kain2..still aku leh nampak fenomena itu hehe.

 Bangunan nih dah wujud ketika kami masih dibandar nih,kawasan bermulanya penempatan deretan kedai2 baru ketika zaman tu..Kalau tak silap disitulah tapak Fun Fair terbesar time tu..Royal London Circus gituuu hehe..tapi sekarang dipenuhi dengan deretan kedai2 dah...

 Dewan Suarah yang menjadi tempat konsert2 dan acara2 rasmi berlangsung..tempat aku berkejaran pun ye jugakkkk..huhu

 Aku baru tengok perubahan yang nih..agaknya dah lama dah wujud kut cuma aku jer baru tengok hehehe..Nih Terminal Bot2 dan Express2 berlabuh.

 Menara jam dan deretan kedai2 lama..Tempek2 bunga lak kat menara..dulu colour kuning jer ekekeke..sekarang muralnya lebih..dasyat youuu hehehe..

 Market Ikan2 kering..lokasi favourite mak dan ayah aku gak.Sempatlah juga beli ikan kering ekekeke...

 Nih gambar bahagian belakang Dewan Suarah...Pehhh..teringat zaman bebudak..tingkat bawah tu la tempat aku selalu tengok anak2 ikan koiiiiii..kolam ikan bawah tangga huhu

Taman permainan tempat aku dan kakak2 aku selalu bersantai petang2..zaman tu macam ada kejutan budaya je..pantang petang terus gi taman,maklum benda baru kene try maaaa ..nak tengok orang mancing pun ye gakk..orang dating tu takyah cakap laa.. huhu

  Ni haaa..lagi satu gambar yang sama..Trademark bandar nih ialah Buah Nenas ye..sebab tu dapat tengok Nenas Sarikei besar gedebakkkk pacak kat situ..

 Kalau dulu aku tengok berlambak bot2 express kat wharf nih..bunyi hon bot express pun tak henti2 berbunyi... Tapi sekarang cuma ni jer yang ada..tu pun last express yang aku nak guna untuk patah balik ke kawasan aku kwang3x..mana gi nya express ke Bintangor?Sibu? dan sebagainya..Agaknya sekarang guna jalan darat lagi dekat kut sebab tu semua pemandu bot2 express kene cari kerja lain dan akhirnya wharf pun jadi sunyi..

 Sepatutnya disebelah parking kereta tu ada 2 lagi flat tapi nampaknya dah dirobohkan..Aku leh tengok cuma ada 3 flat je lagi tinggal dan yang tinggal itu adalah semua kenangan2 lama hehehe..Q123 <--angka keramat hehehe

 Tu Wisma Jubli,kiranya bangunan tertinggi di bandar Sarikei.Percaya tak aku pernah berada ditingkat teratas bangunan tu iaitu berdiri di tiang penyambar kilat kat bangunan tu sebelum siap dicat sepenuhnya. Alaaa..zaman bebudak siapa pun tak leh halang kemahuan naluri" ingin tahu" tu...Yup seram sejuk tu tetap ada sebab bila pandang ke bawah rasa berderau darah dibuatnya hahaha..Tapi aku naik pun ditemani ayah aku sendiri,orang awam yang "kepo" ekekeke..Dialah yang selalu bawa aku jogging sambil bersenam di tangga wisma tu..turun naik tahap rasa pancit sampai buruh binaan dalam bangunan tu pun tension tengok kitaorang meyibuk jer hehe....

Flat pertama yang masuk ke simpang Jalan Berek...

Aikkk..seingat aku kat sebelah kedai tu ada satu stadium bola keranjang/bola tampar...Mana ginya stadium tu ekk???..ker aku tak perasan time jalan2 petang tadi? Ke dah dirobohkan? errr..camne leh tak pasan lak hehehe..

Jalan shortcut ke tengah bandar..opss..lihat kedai lama kat seberang tu....Tu la kedai basikal tempat aku dan kakak2 aku selalu pam tayar dan repair basikal kalau ada problem..Taukey dia baik toll..kekadang kalau repair tak nak dibayar hehehe..Sampai sakarang masih gak berjalan bisnes dia..bagus2 hehehe

 Jalan Masuk ke Dewan Suarah Sarikei..depan nih takde perubahan..masih cam dulu jeee...kuikuikui


Nota: Thanks kepada Amir Hamzah yang memperbetulkan Nama Wisma Pelita ke Wisma Jubli. Maaf ye kengkawan semua..silap aku kerna time bebudak dulu aku suka sebut wisma tu wisma pelita sebab diaorang buat bangunan tu siang malam sampai lampu yang menyuluh tiap tingkat tak tutup2 dari start matahari terbenam sampai ke subuh..ekekeke.....Tua dah rupanya aku nih sampai leh salah ingat... huawaaaaa....Hadeiii..camne leh aku tak hingattt nih?? siot jerr ahh.. :-s




7 comments:

Amir hamzah said...

wisma pelita kah atau wisma jubli????hehehehe....

Amir hamzah said...

salam....ada pembetulan nama wisma ya....wisma jubli nama sebenarnya...bukan wisma pelita..hehehe....btw,nice post....keep in touch....taking care...

Anonymous said...

yeyyy. im prod to be Sarikeians :)

seripelangi said...

Amir: thanks untuk info..kamek pun sik pasan jawak ariya..ingat2 lupa hehehe terima kasih untuk pembetulan yeee...yeay! :-D

seripelangi said...

Dayangku Jasmine: Yeay! hehe...sama2 kita lihat pembangunan yang ada di bandar ya kenek tok.

Anonymous said...

Q123....ooo jiran lah kite tuk paduhal...Q128 ingat sik ingat sik????

seripelangi said...

hahaha...mun Q128 time zaman kmk dolok kenal arrr...jiran lamak kaa hahaha..

Followers