Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 16 March 2012

Program ke Bandar Sarikei

Fed-up tol ahhh!!!..Baru aku nak bernafas beberapa hari nih,tetiba dapat panggil tengahari tadi suruh aku travel ke Bandar Sarikei pulakkkk!!!!..What? Gi Bandar Sarikei?? Emm..dah lama aku tak jejak kaki ke bandar tu, zaman kanak-kanak dan remaja aku bermula disitu.Walaupun kenangan aku banyak disitu dan mungkin kedatangan aku kebandar itu juga akan menggembalikan segala ingatan lampau tapi ia tetap merosakkan mood cuti dan moodku hari ini kerna bukan masanya untuk aku memikir soal2 "travelling" lagi.

Lagipun ini bukan masa yang sesuai untuk aku travel tambah2 cuti sekolah akan berakhir hujung minggu nih dan sekolah akan dibuka semula minggu depan.Wohhhh yang aku lak  kene travelling semula hari Isnin nanti.Adusss..semak lak kepala aku memikirkan program macam "Bidan Terjun" nih..Kalau aku tak menggenangkan yang aku perlu uruskan segera,takdanya aku nak pergi dalam masa terdekat nih ..Takpun kalau wakil leh diterima,memang dan2 aku hantar wakil aku jer jumpa diaorang tapi apa nak buat,aku kene tunjuk muka gak..Layan jer laaaaaa huhu

Yang geramnya,nape tak suruh aku gi cawangan kecil diorang jerrr, senang cikit aku dibuatnya..merantau pun tak jauh mana..kira dekat ar jugakkkk.. Hmm..ada2 je program mengejut bulan nih,tapi tak apalahhh ...agaknya bulan nih memang memerlukan banyak tenaga dan masa aku untuk bergerak ke serata pelusuk tempat..Penat tu takyah nak cakap tapi tak apalah,asalkan perjalanan aku selamat dan segalanya berjalan dengan lancar pun aku dah cukup legaaaaa....Buat masa ini aku kene set dalam kepala yang aku travel sambil melancong,baru kepala tak semak ekekeke...Yeay!

No comments:

Followers