Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 5 August 2012

Madah Bersyukur



Alahaiii..malam ini aku memang rasa penat sesangat sebab 2 hari nih asyik terkejar kesana kemari. Hujung minggu yang aku sendiri rasakan terlalu singkat dan penuh dengan aktiviti. Hmm...Sekali-sekala mengeluh dihati tetapi bila kenangkan balik semua kepenatan itu berbaloi maka aku pun melupakan semua rungutan yang bersemak dalam kepala dan hati aku dengan bersantai didepan laptop antik aku nih. Malam ini fikiran aku agak kosong, dalam kesunyian malam aku mula mencari idea untuk gambar yang baru aku design ketika bermain dengan brush2 photoshop.Entah kenapa kata-kata nih tetiba bermain difikiran. 

Memang ada benarnya..hidup ini terlalu banyak pilihan sehingga kita merasakan sukar untuk memilih.What?? Terlalu banyak pilihan? Mengarut ahhh...dalam hidup ini kita selalu diberi 2 pilihan tetapi andai ada yang diberi lebih daripada dua pilihan....itu adalah nasib dan rezeki korang hehehe..Yup..2 pilihan itu tak kira apa pun arahnya tetap ada positif dan negatifnya. Contohnya...ingin menjadi baik atau jahat....mahu gembira selalu atau merana sepanjang hidup..ingin sentiasa "single" ataupun berdua..memilih untuk jadi malas ataupun rajin..mahu percaya atau tidak, ingin mendengar atau mengindar, ingin menunggu atau meneruskan, ingin hidup atau mati dan bla..bla..blaaa..Nahhhh..Adakah kita terlalu yakin bahawa kita mempunyai terlalu banyak pilihan? hehehe.. 

Owww bagi aku...walaupun kita mahu jadi sesempurna insan lain yang punya segala-galanya dalam hidup,tetapi itu tak bermakna mereka tidak pernah kehilangan apa-apa.Jadi pendek kata...bersyukurlah yerrr....Yeay!

No comments:

Followers