Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 30 August 2012

Lunch Dengan Keluarga Jen

Woweeeee....Hari ini perasaan aku rasa best sangattt.....Seronoknya kalau tiap hari pun rasa happy begini ekekeke...Hmm..kehadiran Keluarga cousin, Mak serta adikku pagi tadi telah membuatkan aku tersenyum sendiri malam ini. Walaupun mereka telah menggambil keputusan untuk berulang-alik sahaja dari kampung ke tempatku,namun itu sudah mencukupi bagi kami sekeluarga kerna sesungguhnya kedatangan mereka amat aku alu-alukan serta ku tunggu sebelum ini. Dan dengan cuma bersandarkan rancangan yang samar2 dari cousinku tempohari akhirnya hari ini kami telah berjaya berkumpul dikediaman aku dan Mr.Hubby.(^,^)

Perasaan excitedku mendengar berita kedatangan mereka sejak semalam telah membuak-buak sehingga aku dan Mr.Hubby bercadang untuk mengadakan sedikit makan keluarga lagi. Tapi dengan cara yang sederhana tapi gempak tetap adaaa hehehe ...Yup apa lagi mampu kami lakukan selain belanja kaum keluarga makan2 dengan menghidangkan sajian dan masakan dari dapur sendiri kerna cuma itu yang terdaya dan mampu kami lakukan.Opsss...lagipun ini merupakan acara favourite aku dan Mr.Hubby bila mendapat kunjungan keluarga dari mana-mana pihak.."Masterchef" timeeee yerrr ekekeke. Wow... ini bererti sudah kali ke-3 aku dan Mr.Hubby membuat makan keluarga dalam tempoh 2 minggu nih. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi keatas keluarga kami, maka kami berhasrat untuk sentiasa berkongsi dengan cara begini. Mudahan diatas rezeki-rezeki kami selama ini dan disertai dengan niat baik kami akan sentiasa diberkati Allah. Semoga keikhlasan kami mampu mengeratkan lagi silaturrahim serta hubungan kekeluargaan diantara kami.Yang jauh didekatkan..yang renggang dirapatkan..Yeay! 

 Mood raya masih ada ye sebab tu atas meja masih penuh huhu..Makcik aku lak pulang dari bershopping, kehausan yang teramat sangat sebab tu minum segelas cola tak cukup,nak gak telan sebotol wakakaka....kecian diaaaa hehehe..Err..Jemputlah makan dan minum semua..nak buat macam mana...raya kan sebulannn ekekeke...

 Macam biasa,dapurku sempit maka aku terpaksa mencadangkan untuk makan dibahagian ruang tamu jer..atas lantai bersalutkan newspaper hokeyyy!!..lagi best ..siku pun leh buka luas jika dibandingkan duduk dimeja dapur tapi semua kene kepit tangan..wat lomasss jerrr ekekeke..

 Errr..makan sampai tak hingaattttt..nak toleh kiri kanan pun tak mampu..Nih ler akibatnya tahan perut berjam-jam..Yang Makcik aku lak tak puas hati memanjang sebab time menyopping pagi tadi tak sempat merasa air yang dijual di kedaiii hahaha..Biasalah tuu..orang kata..nak kene rasa semua tempat..tapi kali nih dia tak bertuah pasal pakcik aku tak layan permintaan dia..Mujur la tak dilayan,kang makanan yang aku dan Mr.Hubby masak nih sape yang nak telan kalau semua dah kenyang balik dari nyoppinggg huhuuuuu...

 Ehhh..ulam-ulaman tu atas permintaan Kazen Jen kuuu.....sehari sebelum datang dia dah start sms aku minta buatkan ulam-ulaman huhu..Minah nih kalau ngan aku, ngalahkan order kat kedai lak..ikut suka hati dia lak nak suruh aku masak or buat apa. Mujur ler aku kazen dia yang baik hati wakakaka...maka aku sempurnakan juga hajat dia memandangkan selepas nih dia nak menjelajah jauh ke tempat orang..Nahhhh..ko nak timun? pucuk paku? kangkung? buah pauh? bendi? semua aku dah sediakan siap potong dan rebus awal2..err...ko makan la sampai kenyang babeee..aku tak larat dahhh...Siap aku offer tapau lak tu untuk  dia ekekeke..

 Huyooo..adikku yang gagah perkasa bak badang nih kalau bab hirup sup tulang sapi memang favourite dialah tu kut pasalnya menu lain dia slow nak telan. Mujurlah ada dia dan pakcikku untuk menghabiskan sup-sup ini..risau gak..takut tak habis hehehe..Kesian gak tengok mak cik aku terkial-kial menelan menu2 nih semua gara-gara sakit gigi..adeiiii..Sakit gigi memang sangat menyakitkan hati..orang yang pernah alaminya je yang tau betapa hebatnya penangan gigi2 yang meragam hahaha..

Kazen Jen nih,kalau part makan paling slow dialah juara..aku rasa dia kunyah 44 kali kut..hancur tahap blanderrr haha..Orang lain dah sibuk dengan urusan masing-masing..dia lak masih dok bersantai sorang-sorang depan makanan..Hebat tak kazenku nih? Kalau makan ngan boyfriend kat luar dan dapat lak buah hati  yang kurang sabar ngan karenah kazenku ini yang speed makan lebih slow dari siput ,dan2 kene tinggal dalam kedai makan sorang2..terkontang kanting ler jawabnye yeee haha

Nota : Aku selalu teringat pesan ayah sewaktu dimeja makan diawal zaman remajaku dulu..Jika nak tahu bagaimana orang melihat atau menilai diri kita sebenar..Lihatlah berapa banyak tetamu yang datang dan pergi dari rumah kita..Semakin ramai tetamu yang datang bermakna kita berada dilandasan yang betul dan sekiranya semakin sedikit tetamu yang menggunjungi rumah kita maka itu bererti sikap kita yang membuatkan mereka menjadi begitu berhati-hati untuk merapati kita. Orang takkan memberitahu sendiri pada kita bahawa kita orang yang baik atau sebaliknya melainkan kita melihat dengan cara mereka datang dan pergi dalam rumah kita.My lovely dad...i agree dan aku akan selalu ikut akan pesananmu selalu..Muah!

No comments:

Followers