Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 10 August 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah rezeki tahun nih di bulan Ramadhan nampaknya melimpah ruah bagi kami sekeluarga.Walaupun permulaan Ramadhan yang penuh dengan dugaan namun sedikit demi sedikit kesulitan dan kesedihan yang dirasa hilang dengan limpah dan nikmat yang diberi. Sesungguhnya rezeki kita datang dengan pelbagai cara dan sekarang pada bulan yang mulia ini, kami sekeluarga mula merasai detik itu. Yakinlah,Allah sendiri tidak mahu kita terus bersedih dengan dugaan yang diberi olehNya, lalu Dia menurunkan sedikit rasa gembira untuk kita terus mensyukuri dan menikmati bulan Ramadhan ini.

2,3 hari ini,pelbagai juadah yang kami terima hasil daripada pemberian sahabat handai. Begitu baiknya hati teman-teman yang sudi berkongsi juadah disaat hatiku "kering" untuk mencuba apa-apa resepi baru sempena berbuka puasa untuk tahun ini. Hanya Allah saja mampu membalas budi kalian dan terima kasih tak terhingga dengan segala juadah yang kami terima.Semoga anda semua akan diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki sampai bila-bila.Yeay!

Terima kasih kepada Pn.Sauyah yang baik hati dengan memberi pelbagai jenis menu berbuka pada Selasa lepas buat kami sekeluarga. Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Seacucamber, Bubur Pedas, Pelbagai jenis Kek,Puding dan tak lupa juga Ikan Terubok Bakar sungguh membuka selera kami anak beranak.Menu yang banyak tapi alhamdulillah kami merasa dengan penuh nikmat..terima kasih.

 Dan terima kasih tak terhingga kepada En.Ahmad yang bersusah payah menghantar dan memberi berkilo-kilo ketam pada petang semalam (Khamis). Kejutan yang mampu mengukir dibibirku dan sekaligus terkenangkan Mr.Hubby yang sememangnya gemar akan menu ketam nih.Kebaikan saudara hanya tuhan saya yang mampu membalasnya..

Pada awalnya aku berhasrat untuk menyimpan sahaja ketam-ketam yang diberi tetapi bertukar untuk menjadikan ia menu utama untuk petang semalam. Dengan masa yang cuma tinggal sejam sebelum berbuka,maka  aku cuba mengerjakan sepantas mungkin dan cuba memasak separuh daripada ketam-ketam yang diberi.Mudahan menu ini akan membuka selera Mr.Hubby dan nampaknya dugaanku betul..Mr.hubby sememangnya menikmati hidangan ini dengan begitu excited sekali hingga bertambah2 nasinya hehehe.Aku gembira bukan saja menerima pemberian ini tetapi aku juga gembira kerana puas melihat Mr.Hubby dan Puteriku berselera petang itu walaupun aku cuma masak dengan cara simple. Apa lagi yang paling membahagiakan perasaan seorang isteri dan ibu bila melihat pinggan didapur licin selepas bersungguh-sungguh untuk menyediakannya?hehehe..(^,^)


Dan pagi ini,sedang aku asyik berblog...sekali lagi rezeki datang kepada kami.What else can i say???.....Syukur kepada rezeki hari ini...2 biji Buah labu kuning yang sizenya agak besar untuk kami yang cuma 3 beranak ini sudah cukup banyak bagi kami. Ini adalah atas pemberian daripada salah seorang teman Mr.Hubby yang aku sendiri tak pasti namanya..tapi apa-apa pun terima kasih juga dengan Buah labu yang diberi ini.Hmm..nampaknya aku harus memikirkan menu baru untuk petang ini..hehehe...Wohhh..takpe...Labu nih tahan lama jadi aku masih ada banyak masa untuk memikirkan resepi atau menu2 baru hehehe..

..
Dan sekali lagi hari ini dengan cuma menunggu puteriku di depan pintu sekolah,sekali lagi hamba Allah yang berbangsa cina datang menghampiri dan memberi Sayur Patola..adussss...blurrr..kenapa rezeki datang begitu sekali tapi aku dan family tetap berterima kasih dan sekali lagi rasa bersyukur tak terhingga dengan apa yang kami terima 2,3 hari ini. Terima kasih pada semuaaa.. :-)



No comments:

Followers