Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 6 August 2012

Biskut Nestum

Tak lame lagi raya..bila buat jer blogwalking semua pakat tempek gambar biskut masing2...Aduhaiiii..kenyang mata aku memandang walaupun setakat merenung gambar2 di blog diaorang. Macam biasa..kalau kat blog lain... korang jumpa bermacam2 jenis biskut tapi kat blog aku nih pun korang jumpa biskut gak. Apsss.....aku pun tak mahu ketinggalan untuk menayang biskut raya aku bermula hari nih dan hari-hari selepas nih hehehe...Ohhh..tema biskut aku tahun nih "SIMPLE TAPI SEDAP" (<--hadeiii..buat biskut pun bertema gak wakakaka..ampes jerrr...)

Jika tahun-tahun sebelumnya aku buat hingga 5,6 jenis biskut untuk disajikan pada Hari Raya tapi tahun nih aku set limit untuk buat setakat 2,3 jenis jer. Raya tahun nih takde la aku sambut semeriah tahun sebelumnya,maklum jer laa..family belah aku masih dalam tempoh berkabung.Jadi dalam aku bergembira menyambut Raya yang akan datang nih,aku kene menghormati family aku juga.Takpe..insyaallah jika dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki..mesti aku "All Out" balik tahun depan hehehe..

Minggu nih aku plan cuma buat biskut jer memandangkan masih terlalu awal untuk aku membuat kek.Takut kang berkulat lak kek aku kalau peram lama-lama kuikuikui..Hmm..hari nih aku cuba buat biskut Nestum.Alaaa..biskut nih berlambak jual kat pasaraya cuma bezanya aku suka buat sendiri.Saje ar tu..nak tunjuk "skill" hehehe..Seingat aku laaa... ni ler first time buat biskut nestum dan bila aku cuba sebiji dua lepas berbuka tadi..rasanya leh tahan gak..rangup.Rasanya ala-ala roti tiger pun ada gak tapi tak kisah camne pun rasanya asalkan simple tapi sedapppp!! (^,^) Yeay!!


Ni ler bentuk yang aku cuba buat sebelum dibakar..Adeiii..aku hanya terfikir untuk buat bentuk bulat jerr.Tak de mood tul nak wat corak yang dasyat2 sebabnya aku nak biskut aku nampak simple jer hahaha..Orang tengok pun malas nak tanye kut :-D


Oittt..walaupun aku mahu biskut yang simple tapi aku nak la juga nampakkan biskut aku tu comel sikittt..so aku letak biji coklat kat tengah-tengah untuk menarik selera tetamu aku terutama bebudak. Itu cuma untuk hiasan jer..korang leh letak apa-apa buah pun kat situ..tak kisah asalkan sesuai yerr.Lagipun biji coklat aku masih banyak dalam peti, kalau tak guna sayang lak nanti ye takkkkk kuikuikui..


Hadeiii..biskut Nestum aku nih hampir-hampir rentung. Ikut resepi pun leh jadi gelap camnih..heran akuuu huhu... Jadi aku cadangkan kepada sesiapa yang menggunakan suhu 150 darjah dan dibakar selama 30minit untuk biskut Nestum nih, sila kurangkan kepada 25minit yer..kang sebelah bawah biskut korang rentung lak hahaha..Mujur ler aku selalu alert dengan suhu2 nih,kalau takkkkk...... ade aku hesteria depan oven huhu...

Tadaaa...ni ler rupa biskut tu bila aku dah letak dalam kontener..nampak simple jer kannn..tapi sedappppp.Puji hasil sendiri jap hehehe..

Part nih aku tetiba tumbuh tanduk..satu-satunya biskut Monster yang aku buat.Ni lebihan adunan yang aku rasa aku nak buat special untuk puteri kesayangan aku. Imaginasi melampau aku takpernah padam hahaha...Dah bakar Monster tu,jadi macam nih lak..rentung di tangan macam orang terbakar lepas main bunga api lak wakakaka..Semangat puteri aku tengok, nak telan pun takottt hahaha..


No comments:

Followers