Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 22 August 2012

Raya Ke-4 Makan Keluarga Lagi

Hari Raya ke-4 sekali lagi aku dan Mr.Hubby membuat majlis makan keluarga.Jika Hari raya pertama kami menjemput keluarga dari belah aku dan kini pada hari raya keempat pula kami berbesar hati menjemput keluarga dari sebelah Mr.Hubby pula..Ermm..adillah kannn?? sama-sama dijemput hehehe...satu majlis makan tengahari yang tak dirancang hasil daripada perbualan dan berbalas sms diantara aku dan salah seorang anak buah yang teringin untuk makan bersamaku.Owhh..seperti biasa,selaku makcik dia..aku pun mudah kasihan memandangkan anak buah aku tu pun jarang balik kampung, maka untuk tidak menghampakannya...aku pun terus setuju untuk menjemput mereka adik-beradik,keluarga ipar2 serta ibu mertuaku datang makan tengahari dikediaman kami selepas menyuarakan hasratku kepada Mr.Hubby.Berbelas orang jugalah yang datang tetapi itu semua tak mengapa kerna sambil kita bersedekah dan beramah mesra dengan keluarga,perasaan enjoy tu tetap ada...Best aperr??..Yeay!!

 Menunya simple tetapi cukup menyelerakan.Kali ini memandangkan aku menjemput ibu mertua..maka aku bercadang untuk memasak ala-ala kampung gitu dan sudah semestinya menu wajib ialah ulam-ulaman. Dan sudah semestinya sambal untuk ulam aku kerahkan anak buahku yang bernama Cik Ani membuatnya,memang boleh tahan gak dak nih buat sambal belacan..sedap dan sesuaiii..hehehe...Manakala bahagian masakkan pula..aku sorang yang membuatnya..alaa..bukan banyak mana punnn hehehe...Ternyata menu yang simple begini membuatkan mereka begitu berselera sehingga bertambah2 nasi didalam pinggan dibuatnya.Aku yang mulanya kecut perut kerana sedikit bimbang tetapi tetiba rasa terharu dan gembira bila melihat respon begini..Adeiii..bukan selalu aku masak untuk mereka dan bukan mudah juga untuk menambat hati keluarga dalam masakkan nih..yang alang-alang tarer tu memang dah kene sound depan2  hehehe..Tapi alhamdulillah..masakkan aku kali ini sungguhpun simple tetapi mampu membuka selera mereka dan yang aku lagi lucu bila Mak mertua aku berkali-kali beritahu mereka yang dia nak "menapau" menu yang aku masak tuh.Wahhhh...bangga pun ada nih ekekek...syukurlahhh..ada gak yang suka dengan air tangan aku..kuikuikui...

Semua dah tak larat nak toleh kiri kanan dah..lapar yang teramat sangat hingga aku yang capture gambar kat belakang pun tak diendah hahaha..takpe laa..aku pun ambil gambar tanpa sound kat diaorang juga..mean memang patut pun semua tak toleh camera..enjoy allzzzz....marilah kita berulam beramai-ramaiiiii...jommm!

No comments:

Followers