Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 26 August 2012

Kek Harijadi

Akhirnyaaa..sampai rumah sendiri...Ouccchhh..letihhhh...Perjalanan petang tadi sedikit memenatkan aku tambahan cuaca agak sejuk hari nih.Hmm..hari minggu yang terasa pendek dan padat untukku dan ini juga petanda Puteriku dipenghujung cuti.Ohhh...rasanya cuti sekolah yang disambut serentak dengan cuti raya masih belum mencukupi untukku kerana sepanjang cuti yang ada, jadual aku dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan.Haduiiii...beginilah bila sudah berkeluarga..disamping kita menjaga hati keluarga sendiri..kita kene selalu memikir keluarga mertua juga hehehe..

Hari ini aku tak banyak cerita yang hendak dikongsikan tapi alhamdulillah hajat aku dan Mr.Hubby untuk membeli kek harijadi untuk puteri tercinta akhirnya tertunai sudah setelah beberapa hari ditunda dari tarikh sebenar.Walaupun sambutannya agak hambar kerana disambut diwaktu pagi yang kebiasaannya disambut waktu malam tetapi aku tetap gembira kerana akhirnya puteriku mempunyai kek harijadi yang ditunggu-tunggunya beberapa hari lepas.Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak,biarpun kami menghadapi kesukaran untuk mencari kek harijadi gara-gara kebanyakkan kedai kek masih dalam mood beraya namun akhirnya ada juga kedai kek yang sudi untuk menyediakannya.Terima kasih gak buat adikku yang turut berusaha dan berpenat lelah mencari kek buat anak buahnya  biarpun gagal menemuinya.Korang memang sportingggg...Yeay!!



 Manja selalu bersama datuk dan neneknya,walaupun celebrate awal pagi namun keceriaan tu tetap ada...takyah over hokeyyy..cukuplah dengan kek tu jer..lepas tu nak packing dan balik rumah sendiri lakkk..Perjalanan masih jauh,kejar masa pun ye gak hehehe..

 Mr.Hubby and Me bersama Puteri tersayang...walawehhhh.tembamnyeee aku kat sini kuikuikui...nak buat macam mane,seminggu pesta kek...hahaha

 Sebelum memotong kek kenelah pose terlebih dahulu..biar korang nyampah tengokkkk wekkk!!!

 Tiup jangan tak tiuppppp...errr...sorry..daddynya mamai cikit...letak umur anak dia 8 thn lak kat kek tu..padahal masih 7 tahun..kwang3x...

.Kek coklat..bkn vanila tauuu...loteh dah makan kek vanila memanjang huhu...

No comments:

Followers