Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 2 August 2012

Semoga Cepat Sembuh!

Alhamdulillah, kerisauan aku terhadap seorang teman yang jauh dimata berakhir dengan gembira.Jika semalam debarku hingga mengganggu tidurku tapi malam ini aku kembali rasa lega.Owhhh..bestnyaa..dapatlah tidur lena malam nih hehehe..Terkenang semula panggilan telefon dari seorang teman yang aku terima petang semalam,suaranya sukar ku dengar dan tidak seceria seperti selalu.Hmm...ku kira ketika itu mungkin dia menahan kesakitan yang teramat sangat namun masih mampu membuat panggilan kepadaku walaupun cuma untuk 2,3 minit.Sememangnya aku agak terkejut kerana diberitahu bahawa dia berada di Hospital dan akan dibedah pada bila-bila masa saja.What can i say guysss...of coz aku jadi sedikit risau kerna pengalaman menjaga ibuku beberapa tahun lepas dengan masalah yang sama sangat meninggalkan kesan dalam hati aku hingga ke hari ini.Detik cemas dan perasaan takut disaat menunggu selesainya pembedahan itu sungguh tak aku lupa.Dan aku pula cuba menjadi tabah hingga bisu tanpa kata huhuuuuu...

Apa-apa pun..syukur sesangat, dia selamat dari pembedahan itu.Buat sahabatku Aku selalu doakan ko semoga cepat sembuh dan tolong jaga kesihatan selalu yer...Yeay!!!

Dedikasi buat sahabatku.

No comments:

Followers