Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 28 August 2012

Kenduri Arwah 40 Hari


Selasa 28/08/2012 kini genaplah 40 hari pemergian arwah Nek Atuk tersayang. Dan hari ini di kampung halamanku juga turut mengadakan sedikit sedekah dan kenduri arwah buat Nek Atuk. Namun kali ini nasib tidak menyebelahi aku untuk turut bersama keluarga disana.Apa yang aku harapkan,moga-moga segala perjalanan majlis hari ini berjalan dengan lancarnya walaupun ada antara kami adik beradik dan sepupu2 sekalian sukar untuk turut bersama kerana batasan masa,jarak dan komitmen dengan jadual kerja serta keluarga masing-masing.

Hmm..pejam celik pejam celik terasa begitu cepat masa berlalu namun kehadiran arwah Nek Atuk sentiasa kami rasai.Mungkin juga kenangan2 lama sewaktu bersama dulu sering berada diingatan sehingga kami tak terasa akan pemergiannya.Malam ini tak banyak yang ingin aku kongsikan,namun entri kali ini..aku dedikasikan khas buat Arwah Atuk dimana aku akan publishkan beberapa gambar kenangan ketika aku dan keluarga bersama arwah Nek Atuk.Semoga kenangan-kenangan ini akan terus berada diingatan kami sepertimana ia tersergam indah didalam sekeping gambar2 ini.I love you Nekkk!!...Yeay!


Kenangan ketika aku dan Mr.Hubby membawa keluarga termasuk arwah Nek Atuk melancong di Sabah suatu masa dulu.

Kenangan aku beberapa tahun lepas ketika berada dirumah cousin Jen dan sewaktu mengajar cucu dan cicitnya belajar berenang di perkarangan rumah auntyku..Lihatlah begitu asyiknya Nek Atuk bersama cicit2nya..rindunya hendak begini lagiii...



Gambar terakhir kami adik beradik bersama Arwah Nek Atuk semasa Makan Malam di Hotel Kingwood Mukah..Saat kami mengusik Nek Atuk untuk tidak terlalu kaku dihadapan camera.. Cucu2 yang nakallll...:-)




Dan dibawah ini adalah gambar sumbangan yang aku terima melalui MMS dari Cousin Jen sewaktu berlangsungnya  Kenduri Arwah genap 40 hari petang tadi..Terima kasih kazenku kerana turut memberi aku peluang untuk merasa suasana yang sama ketika saat ini berlaku.

Melanau Version tetap ada walaupun tunggang langgang spellingnya hehehe..coz im proud to be Melanau Hokeyy !!..:(^,^)
Terima kasih idak-idak gak lo adik kakak wak sudi labik serta menulong untuk melancarkan keman sedekah 40lau gak pakyang ko lau ih unei.Hanya Tuhan singen kenah membalas jasa dan budi baik kelo semua gak keluarga kamei.Dan ako doakan semoga kelo semua turut diberi kesihatan jegum dimurahkan rezeki selalu.Amin

Terima Kasih gak kelo!!

No comments:

Followers