Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 26 August 2012

Balik Kampung Lagi

Raya ke-5 dah tutup rumah???...Err..adakah aura Raya dah habis??? No laaaa...mood2 raya nih masih ada cuma aku dan Mr.Hubby jer dah start "back to normal"...Raya ke-5 tukar plan untuk balik ke kampung aku lak.Hmm..sebelum nih tak merancang pun tetapi memandangkan Mak aku dah banyak kali call tanya bila balik,jadi aku pun tak sampai hati lak jadinya huhu..Ingatkan cuti sekolah dan raya kali nih aku dan Mr.Hubby nak habiskan dirumah je tetapi last minute call buat semuanya bertukar sekelip mata..

Kekadang penat gak balik terlalu kerap, stress dengan hal sendiri pun ada gak...mengenangkan masih dalam mood raya pun ye jugaaaa...kering pun ada gak (<--perkara normal hokeyyy lepas2 raya macamnih..tengok jer la entri-entri sebelum tu..baru fahammm wakakaka)...Tetapi tak apalah,aku tak kesah..ibu bapa kita tiada pengganti, selagi semuanya belum terlewat untuk bersama selagi itu aku cuba untuk menggembirakan mereka walaupun hanya dengan menunjuk muka didepan pintu rumah.Saat dimana suatu hari nanti bila aku menggenangkan kembali kenangan2 lama.. mungkin akan membuatkan aku tersenyum sendiri dan terbit rasa puas dihati hingga tidak sedikitpun rasa menyesal lahir di sanubari diatas masa-masa yang aku berikan untuk kedua orang tuaku huhu......Baki2 cuti nih aku relakan jer lah balik ke kampung dulu demi untuk menghiburkan hati mak ayah dikampung..Yup..moga-moga telatah puteriku mampu menerbitkan senyuman dibibir mereka sehari dua hahaha...

Harapnya anak aku akan begini gak bila dewasa nanti, pantang kita call terus balik..wakakaka.Macam biasa,bila balik kampung..... aku dipenuhi aktiviti...jadi terisilah masa yang ada.Best tu tetap adaaaa..Yeay!!...


Owww...sebelum balik kampung..aku sempat suruh Mr.Hubby korek kacang tanah pada belah paginya untuk dibawa balik bersama.Dah lama gak peram kacang tanah nih tepi rumah,hasilnya kurang memuaskan tapi tak mengapalah,asalkan berbuah sudah..jangan tak jadi langsunnnnggg hehehe...

 Malam tadi aku mula terasa sayu sambil melihat lampu diseberang sungai masih menyala dengan terang.Inilah suasana maghrib ketika berjalan menuju ke rumah arwah atuk.Waktu dimana aku, Mr.Hubby,Mak,adik dan puteriku masih setia menemani biarpun tinggal beberapa hari jer lagi akan berlalu saat begini.Yup..setiap kali balik kampung,kami masih bermalam dan tidur dirumah arwah atuk..cuma tinggal 2 hari jer lagi..maka genaplah 40 hari pemergian arwah atuk.Mungkinkah rumah arwah atuk dan nenek akan selalu kami kunjungi begini atau sebaliknya selepas ini? Ahhhh... semuanya menjadi kabur kerana hanya dengan kehadiran atuk dan neneklah wajah2 kami adik-beradik,sepupu2 dan semua keluarga berkumpul. Adakah saat begini akan berulang selepas ini atau hanya kenangan yang akan menemani hidup kami sekeluarga?

Wajah puteriku dan kezennyaaaa..Cor dan Shenn shenn..Beginilah telatah generasi kedua dalam keluarga kami..Dan antara wajah anak buahku dan cicit arwah atuk dan nenek yang menceriakan suasana malam kami.Sesungguhnya mereka begitu menghiburkan meskipun terkadang membuatkan seisi rumah naik hangin terutama mengadap budak yang berbaju tshirt merah tanpa lengan yang berkening lebat tuuuu..dasyatnya tak terkira daaaaaaaaaaa...

 Hmm...disaat aku diarah untuk melayan bebudak nih sempat juga aku minta Mr.Hubby tolong capturekan gambar ini untuk kenangan aku dimasa yang akan datang. Moga akan menjadi memori aku selamanya disamping aku kongsikan kepada pembaca semua.What can i sayyy..mungkin gambar ini akan menjadi kenangan terakhir aku tidur dirumah ini atau mungkin juga akan menjadi malam terakhir untuk aku menemani keluarga yang ada disini sebelum aku balik ketempat sendiri esok paginya.Sesungguhnya aku tak memerlukan apa-apa selain sekeping dua gambar sebagai kenangan ketika aku berada dirumah arwah atuk.Moga-moga semuanya akan tersimpan rapi di blog ini dan didalam ingatanku.Dan yang pasti aku akan merindui dinding2 kayu putih dibelakangku,perhiasan lama dan sudut2 serta ruang2 dirumah arwah atuk dimana menjadi tempat aku bermain diwaktu kecilku dulu.Lihatlah keluarga yang berkumpul dibelakangku...I will miss this moment foreverrrr!!!

 
Musim durian telah bermula..syokknyeeee..balik dari rumah arwah atuk subuh semalam,aku dan keluarga mula mengadap durian didalam bakul.Khabarnya sudah seminggu durian jatuh dan hasilnya sangat memuaskan hati kami sekeluarga.Tahun ini pokok durian tak terduga berbuahnya dan ini kami anggap hadiah dari arwah atuk untuk diberikan kepada anak cucunya hari ini.Kepenatan arwah atuk menanam durian2 nih belum sempat pun dinikmatinya sendiri.Apa-apa pun..terima kasih buat arwah atuk dan nenek kerana menanam durian yang best-best untuk kami semua.Kami hargai sesangat and We love both of youuuuu!!

 Kehkehkeh...gelak jappp...Aku dan emak tersayang macam biasa..orang sibuk kutip durian..aku dan dia petik pucuk paku dalam hutan ler jawabnyaaa..Apa nak buat..tekak aku tekak kampung hokeyyyy...selagi ada belacan..selagi itulah pucuk paku jadi santapan..Owhh..by the way..inilah salah satu favourite puteriku juga sebab itu beriya mencarinyaaaa....Bagus...bagusss... ada kemajuan huhu



No comments:

Followers