Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 7 August 2012

Madah Keikhlasan 1


Cuaca hujan pagi nih membawa aku kembali duduk dan bermain dengan brush2 photoshop. Terkesan dengan satu peristiwa lalu aku cuba mengaplikasikan dalam bentuk gambar.Kata-kata yang mudah dan sering kita dengar tetapi tak semua memahaminya. Yup..aku akui, ini adalah perkara normal yang berlaku dalam masyarakat kita dan bagi pasangan yang dilanda "badai" pula..inilah yang selalu terjadi hehehe..

Aku tak suka menjelaskan panjang lebar sesuatu yang mampu kita fikir dengan akal sendiri.Cuma yang aku harapkan hargailah mereka yang hadir dalam hidup anda selagi mereka masih menyayangi diri kita seadanya.Jangan pula nanti bila mereka dah pergi atau merelakan semua terjadi,barulah kita rasa menyesal dan tercari-cari. Ingat ..hati yang terluka,penawarnya sukar dicari.Untuk kembali bersama mungkin mudah tetapi untuk berharap menjadi seperti sebelumnya mungkin agak sukar! (^,^) Yeay!



Nota: Ada ke kalangan pembaca yang mencari keyword untuk Madah Keikhlasan hari ni? huhu Harapnya ada yer..Owh..bagi mereka yang suka tempek hasil kerja photoshop aku kat wall facebook korang..terima kasih sebab berkongsi.Yang lagi lucu,aku pernah terserempak hasil kerja aku di wall FB teman-teman dan dishare di kesana kemari .Percaya atau tidak, aku cuma melihat dengan senyuman tanpa bersuara kerana sedikit berbangga dengan hasil kerja ku telah dishare ke serata dunia hingga aku melihat ia kembali didepan mataku. Awal-awal dulu aku dah bagitahu bahawa aku tak promot blog aku dikalangan teman-teman cuma untuk yang paling rapat jer...sebab aku nak melihat dimana kemampuan dan daya penarik blog aku nih.Nampaknya melihat kepada jumlah pembaca saban minggu,aku tahu..ada kalangan anda yang mengikuti aku sepenuhnya.Terima kasih kerana setia dan moga-moga madah dan gambar2 yang aku cuba ilhamkan dapat membantu teman2 diluar sana hehehe...Muah!

No comments:

Followers