Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 21 August 2012

Raya dan Harijadi Puteriku

Jika dibandingkan hari raya pertama,kedua dan ketiga..rasanya hari raya ketiga inilah yang sangat mencabar minda dan fizikal aku..aduiiii...penatnya tak terkataaaa....Tetamu yang datang kerumah sepanjang hari ini tidak putus2 hinggakan waktu makan pun terpaksa ditunda banyak kali..rasanya dalam berpuluh2 lah jugak tetamu yang serbu pondok kitaorang nih.hehehe... Alhamdulillah..walaupun kehadiran tetamu yang datang bertandang agak banyak jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya,namun aku tidak mengeluh bahkan rasa gembira kerana dengan kehadiran mereka sekurang-kurangnya dapat menyerikan suasana Hari Raya kami sekeluarga. 

Hmm..disatu sudut lain pula,aku turut merasa kasihan melihat Puteri kesayangan kami nih.Biasanya tahun-tahun sebelum nih aku dan Mr.Hubby tidak pernah lupa membeli kek birthday untuknya namun berbeza untuk kali ini kerna kesibukkan kami dengan Raya ini maka kami terpaksa menundakan pula untuk membeli keknya disebabkan Harijadinya jatuh pada hari raya ketiga iaitu hari ini.Aduss..tak pernah2 puteri aku nih tak meniup lilin pada harijadinya tetapi hari ini aku dan Mr.Hubby terpaksa melupakan saat itu seketika.Tak megapalah....biarlah kami sambut pada harijadinya pada hari lain jer,mungkin lebih baik kami tundakan saja daripada terpaksa menyambut dalam keadaan kelam kabut..Nanti rasa tak syok pulak kalau terganggu..huhu..Mujurlah permintaan puteri aku kali ini tidak terlalu tinggi dimana dia hanya meminta belikan buku cerita.Dan untuk tidak menghampakan perasaan kecil puteriku,maka kami pun sanggup mencari buku cerita yang diidamkan sebagai pengganti kek harijadinya untuk sementara waktu hehe..

Dikesempatan ini,pada hari raya ketiga di harijadi puteriku ini..harapan dan doaku agar puteri kesayanganku ini sentiasa diberi kesihatan yang baik,menjadi anak yang berguna dan hormat kepada orang tua dan selalu menjadi anak kesayangan kami sampai bila2.We always love you....Muahhhh!!!... Insyaallah kami tetap akan belikan dia kek beberapa hari akan datang..Yeay

3 buku cerita yang dimintanya pagi tadi..nasib baik la buku2 nih dapat cover semua kerisauan aku hehehe

P/s: Ohh..tak lupa juga buat kawan ketawaku yang bernama Fee dimana dia juga menyambut harijadi sama dengan tarikh harijadi puteriku..Aku doakan yang baik2 je buat ko frenz..moga ko selalu happy dan ceria selalu disamping keluarga dan teman-teman.


No comments:

Followers