Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 19 August 2012

Hari Raya Pertama

Alhamdulillah...Hari Raya Pertama sekali lagi berjalan dengan lancar untuk tahun 2012 ni. Kehadiran keluarga dari kedua-dua belah pihak telah menyerikan suasana hari raya pertama kami.Dan yang lagi bestnya bila kengkawan aku juga sudi datang bertandang..Ohhh..bestnya ..tak menang tangan aku dibuatnya dan sudah pasti aku rasa Raya tahun ini lebih dan sangat bermakna.

Terujalah juga aku dibuatnya,seronok dan nikmat ketika melayan karenah keluarga serta sahabat handai hanya Tuhan jer yang tahu camne rasanya..hehehe..Excitedku bukan cuma kerna menyambut Hari Raya tetapi juga kerana dapat berkumpul bersama orang-orang tersayang.Pehhh..bukan selalu dapat macam nih...Kekurangan yang aku rasakan sebelum ini telah hilang dengan sekelip mata..Perasaan bersyukurku tetap tersemat dijiwa diatas kegembiraan dan rezeki yang telah Allah berikan kepada kami hinggalah ke hari ini.Insyaallah untuk Raya kedua iaitu esok..kami merancang untuk menjenguk Ibu mertuaku pula..Yeay!!

Menu utama untuk hari raya pertama ..semestinya lemanggg...yumm..yumm..yummm...saje tempek dulu..biar semua terliur ekekeke...

Antara tetamu pertama yang datang kerumahku dan merupakan orang yang selalu aku tunggu untuk tiap-tiap tahun...yeahhhh..keluarga tercintaaaa.....Alhamdulillah..keluargaku dari kampung akhirnya sudi juga datang setelah banyak kali aku cuba memujuk. Walaupun kali ini terpaksa berulang alik,tapi aku tetap rasa happy.Ye laaa..Biasanya tiap tahun pasti bermalam tapi oleh kerana sebab2 tertentu maka tahun ini ayah dan ibuku cuma bercadang untuk singgah sebentar jer. Tak mengapalah..janji diaorang dapat datang beraya bersama..itupun dah cukup menggembirakan. Itulah maknanya Hari Rayaaaa...kasih sayang tanpa sempadan diantara keluarga.Walau sesukar manapun keadaan sesuatu perkara itu, pasti ada hati yang tak mahu menghampakan hati yang lain (^,^)

Owhh..menu yang aku dan Mr.hubby masak pada belah malam sebelum raya nih..Yup..masa untuk makan keluarga..satu perkara yang aku selalu mahu lakukan setiap kali perayaan tiba.Sesuatu yang aku selalu lihat dan pelajari dari kedua orang tuaku sejak kecil lagi. Cuma bezanya,jika dulu aku hanya berpeluang makan keluarga ketika menyambut christmas tapi bila dah berkeluarga begini, aku tetap amalkan dalam keluarga kecilku setiap kali  Hari Raya tiba. Choyyyy...berbeza agama bukan penghalang untuk bersama keluarga dan ibu bapa hokeyyyy...yang penting kita duduk semeja sambil berbual dan bergurau senda sambil menikmati juadah yang disediakan. Makna keluarga itu dapat kita nikmati dan faham ketika duduk dimeja MAKAN hehehe..(<--Word yang ayah aku selalu sebut dan akan aku ingat sampai bila-bila huhu_. Apa-apa pun, aku tetap teruskan tradisi makan keluarga ketika menyambut Hari Raya dan Insyaalah akan aku wariskan pada Puteri tercinta pula nanti..hehehe... Dan yang lagi best..ini merupakan tahun ketiga aku dapat makan keluarga bersama ibu bapaku sendiri pada Hari Raya...yahooo...seronoknyaaa...Tahun depan..harapnya pasti lagi hebattttt.!!!

Dapur yang sempit namun tak menghalang untuk kami menikmati juadah yang dihidangkan..menu utama pula sudah pasti rendang dan lemang...Alhamdulillah semuanya nampak berpuas hati dengan hidangan simple kami berdua walaupun tidak selesa dengan ketiadaan bekalan elektrik ketika itu..panas wooooo...makan pun berpeluh2...siot jerrr

Antara tetamu kedua yang datang berkunjung kerumah kami.Ini adalah kaum kerabat dari belah Mr.Hubby pula yang bertandang....hmmm...belum apa-apa dah rasa meriah jer hari raya pertama nih,tersenyum sendiri mengenangkan saat ini :-).

Masa untuk poseeee...uitttt...part yang paling wajib dilakukan tambah2 anak buah semuanya dah nampak ayu dan cun-cun belaka hehehe..Best!.

No comments:

Followers