Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 14 August 2012

Kad Selamat Hari Raya 2012


Hmm..tinggal beberapa hari jer lagi untuk kita menyambut Hari Raya dan begitu juga untuk kita berpuasa.Terasa begitu cepat masa berlalu seolah-olah kita tak sedar bahawa kita semakin berada dipenghujung Ramadhan. Waktu ini aku bersantai semula di depan laptop setelah seharian sibuk dengan urusan keluarga dan malam ini aku cuba kembali mencari idea yang terasa agak "kering" untuk aku terus bermain dengan brush2 photoshop.Walaupun ideaku agak lembab malam nih,namun aku terus mencuba memikirkan satu gambar sebelum aku bangun untuk merehatkan badan huhu... Yup..sememangnya aku tidak pernah lupa untuk meletakkan gambar dalam entri-entri aku. Biar nampak berseri-seri hendaknya hehehe..Alhamdulillah walaupun hasilnya tak secantik yang aku inginkan namun aku berpuas hati memandangkan waktu ini aku agak kepenatan.Nampaknya aku cuma mampu buat 2 jer design untuk hari nih, tapi tak kisahlah..yang penting ianya Ory dari aku hehehe..


Ermm..oklah...sebelum aku logout..mungkin tidak terlalu awal untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya buat keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan penggunjung2 blog ini serta seluruh umat Islam di dunia. Semoga Raya kali ini menjadi sangat bermakna buat anda semua dan keluarga. Sambutlah hari raya ini dengan penuh rasa syukur dan gembira kerna mungkin kita takkan sempat mengulanginya atau merasa detik raya ini di tahun hadapan. Dikesempatan ini juga, aku memohon maaf dengan menyusun sepuluh jari tanda ampun dan maaf seandainya selama ini ada dikalangan pembaca blog ini yang berkecil hati atau terasa hati dengan hasil-hasil yang tertulis dalam blog seripelangidivra nih. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu semuanya datang dari diri aku sendiri.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN!.... Yeay!





No comments:

Followers