Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 18 January 2012

Back To Normal

Hmm dah beberapa hari aku tak updatekan blog aku sebab terlalu busy melayan karenah puteri aku yang tengah demam dan batuk2 sehari dua nih. Kesian dia..malam2 pun tak lena tidurnya..aku yang kat sebelah pun rasa gelisah dibuatnya. Setelah 7 hari bercuti iaitu 5 hari cuti banjir minggu lepas dan ditambah 2 hari untuk cuti sakit pula akhirnya puteri aku kembali ke sekolah pagi nih.Rumah pun terasa sunyi semula dan sememangnya kekadang aku sendiri terasa agak pelik kerna semuanya senyap-senyap belaka bila dah banyak hari terbiasa ditemani suara manja puteri kesayanganku dirumah hehehe Satu perasaan yang aku  suka nak sebut  dan penuh dengan maksud tersirat -->Wek! (*,*)

Tapi syukur alhamdulillah pagi nih terasa sedikit tenang dengan keadaan cuaca yang aku kira agak panas dan disertai udara segar waktu pagi. Air yang melimpah ruah kawasan aku beberapa hari lepas pun dah semakin berkurangan walaupun ada sesetengah kawasan masih ada arus air diatas jalan.Insyaallah sedikit demi sedikit ia akan pergi dan kering seperti dikawasan perumahan aku. Apa yang boleh aku katakan sekarang semuanya dah "Back To Normal"....yup..back to normal lifeeeeee...Tak ada lagi sampan..tak ada lagi tengok orang dok redah air keliling rumah...tak ada lagi aktiviti tangkap ikan dan tak ada lagi saat awal pagi aku ngadap air seperti lautan depan rumah huhu..Semuanya dah kembali ke asallllll...Oh ye....Maksudnya juga ialah kembalinya semula CARCA MARBA untuk entry-enty aku yang akan datang hehehe.. Ada aku kesahhhhhhhhhhh??? ekekeke.....Yeay!

Image Source: Google Search

No comments:

Followers