Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 6 January 2012

Penangan Facebook

Penangan Facebook menurut aku...

1. Kalau dulu nak berkenalan dengan someone bukan mudah, kalau tak sanggup korek detail  sidia segalakkkk....tak berani usik2 manja bila jumpa.....takde duit syiling seguni nak call guna public phone.... takde masa nak lalu lalang 24jam depan sidia supaya sentiasa kenal dan ingat...takde orang tengah yang boleh dijadikan orang perantaraan...Rasanya semua tu agak mustahil nak berjaya.Tapi bila facebook dah wujud...semua tu dah tak jadi masalah,yang pentingnya kena rajin skodeng facebook kengkawan, then pilih je muka2 yang kita rasa nak jadikan dia kenalan kita.Kalau tersangkut,berkenan,jatuh cinta... leh la mula sent request jadikan kawan.Part kene banyak bersabar bila kene tunggu confirm or kene tendang je arr hehe.Yang lagi best,bila tak pat nak luahkan dalam kata2 maka timbullah idea nak pinjam link kat youtube..tempek lagu Cinta Muka Buku by Najwa Latif hehehe..curahan melalui lagu..hehehe..

2.Kalau dulu orang nak mengumpat semua pilih tempat yang strategik dan strategi yang canggih..Depan tangga rumah, kat kebun2/dusun2, kat kedai kopi, kat dapur pejabat, guna handphone siap taip sms berjela-jela, call berjam2 and bla..bla ..blaaa..Tapi bila facebook dah wujud, semua tu dah tak sesuwaiii,takut maklumat tak jelas atau terjejasss...Apa yang penting tak buta huruf, ada komputer, ada broadband,/streamyx/wifi, kene pandai menaip, ada idea dan rajin inbox kat facebook rakan2 sekutu.Dok jauh2 pun takpe, takde halangan langsung dah nak dengar gosip atau berita terkini.Yang rasa dah ada pengikut leh la buat group sendiri dalam FB..ngeee.. Alternative terbaik dan jimat kos hokeyyy!!...Tak perlu risau kene panas terik matahari sebab takut sunburn dok menapak depan tangga berjam2. Tak perlu pening kepala gi rumah sekutu sebab kene fikir minyak cukup ke tak dalam tangki keta,motosikal atau buat tambang bas or teksi. Tak perlu susah hati tentang duit dalam kocek untuk belanja kengkawan yang biasanya ajak melepak tempat yang agak grand2.Tak perlu call2 dan ingat bil yang melambung sampai cecah ribu2 ringgit dalam sebulan.Tak perlu stress baca sms yang dapat sekerat2 sebab terlalu panjang sampai celcom/maxis/digi terpaksa menghadkan jumlah penghantaran dari 10/13 sms yang anda cuba hantar pada sekutu masing2..Buat loteh jer naip panjang2 kalau maklumat cuma dapat seciput jerr kannn..baik buka group kat FB..on the spot replynyeee..  ekekeke..

3. Kalau dulu nak bergaduh or nak bertumbuk je ngan kawan baik yang dah jadi musuh,sanggup tunggu depan rumah,kat depan library, tepi pagar sekolah, tepi lorong, dalam semak, dalam hutan segalakkkk..Tapi bila facebook dah wujud,keberanian macam tu tak berbaloi dah....buat sakit badan je. Apa yang penting kene sanggup online dari siang sampai malam depan komputer,biar sakit mata..biar pening..biar tak tidur semata-mata nak baca latest update musuh ketat..musuh dalam selimut..musuh..musuh..musuhh....Mana tahu ada yang terpublish kat wall dengan ayat sindir2.Bila dah terasa pas baca update2 tu mulalah reply kat ruangan komen dengan ayat yang kaw2 marahnya...kunun2 berani sebab komen balik kat wallpost musuh sampai lupa bahawa datuk,nenek,mak,bapak musuh pun ada facebook gak. Lupalah pulak yang family musuh pun baca gak komen kita tu arrr..hadeii..anak sapalah tuuu?? Kalau tak kenal takpe jugakkk...tapi kalau yang kenal satu keluarga hadeiii...gelap la dunia pastu hehehe...Dah penat mencarut kat wall facebook musuh,start la nak kick and block pulak..part untuk tunjuk keberanian dan kehebatan diri or dalam bahasa mudah tersemat dalam hati ayat2 ala-ala gini --> "Kau ingat aku takut ngan kau??Ada aku kesahhhhhh!!!" :-s

4. Dulu kalau mula-mula bercouple atau rindu kat someone,beriya mintak gambar sekeping. Selagi tak dapat,selagi tu la mintakkk.Dapat gambar yang 2,3 tahun sebelum berkenalan pun jadi laaa..asalkan terubat rindu dihati dengan harapan dapat dibawa tidur besama.Kunun2 gambar tu akan sentiasa mengingatkan kita pada sidia sampailah ke alam mimpi..jiwang siotttt.Tapi bila facebook dah wujud, apa kelassss gambar sekeping?? Bila rindu tak tertanggung... sanggup luangkanlah masa untuk login FB walau busy bangettt sehhh...Then skodeng album FB girlfriend or boyfriend.Nahhhh.. ngadap la setambun gambar pose maut buah hati tersayang untuk sejam dua.Yang lagi best bila selang beberapa hari mesti ada gambar terkini yang dipublish kat wall FB daripada buah hati tersayang tanpa diminta kuikuikui. Pehhh..Kau nak copy? kau nak paste? kau nak download? kau nak print?? Kau nak tempek kat facebook sendiri?...Ikut sukahati kau jer la labuuuu janji tak suruh gi kedai gambar semata-mata nak cuci sekeping gambar hehehe....

5. Dulu kalau datang mood nak berjiwang penuh privacy,sanggup tulis surat berjela-jela.Walaupun part memerah otak paling payah tapi semuanya jadi mudah sampai cecah 10 muka surat pun rasa tak cukup.Ni dah masuk ketegori luahan hati yang tiada berpenghujung dan yang penting family sidia tak tahu surat jiwang2 yang dihantar untuk anak diaorang....biarlah rahsia katanyaaa..Privacy hokeyyy!! Tapi bila facebook dah wujud..amboiiii...takde lagi dah rahsia antara "kau dan aku" nih..Apalah guna wall FB kalau nak add kengkawan jer,lebih baik tempat berjiwang...or canang satu dunia biar semua tahu bahawa tengah asyik dilamun cintaaaa.Biarlah nampak romantikkkk..biarlah nampak serasiiii...biarlah dikata bagai pinang dibelah duaaaa..biarlah dikata sweeettttt...biarlah rasa hebattttt....or biarlah penuh kemanjaaaa kununn..haiii..lupe ke yang mak bapak pun ada FB gak..sape2 yang berkaitan pun leh tersentap bila baca wallpost anak dan bakal menantu ngeeee..Oh lupa pulak sebenarnya tektik nih nak HINT kat satu dunia bahawa " Takde sape leh usik awek atau balak aku hokey..dia cuma untukkuuuu!!!" adeiii..geliiii ahhh...

6. Dulu kalau nak cari jodoh kene banyak usaha.Part yang paling menyusahkan bila bab ingin mengetahui status orang yang kita berkenan tu betul2 solo atau tak?.Biasalahhh...bukan semua kawan pun tau kita nih still single, dah berkeluarga atau dah bercerai.Kekadang kalau nasib tak baik, kene tebal muka tanya sana sini, kene rajin siasat latarbelakang couple sendiri, kene dengar nasihat dan gosip orang sekeliling, kene bertahun kenal hati budi masing2..haiyaaa..letihnyaaaaa...Tapi bila facebook dah wujud..semua masalah itu jadi mudah, tinggal kita nak percaya ngan tak je lagi.Pilihan ditangan sendiri...nak kenal yang single ke? janda ke?..duda ke?...dah kahwin ke? or yang sedang dalam perhubungan ke? semua bolehhhhh!!..Dalam seminit jer dah tau.. Last2..Tipah tertipu lagiiiii ngeeee...

7. Dulu kalau ada problem yang tak terbendung dalam hati mulalah cari bestfriend...cari buah hati...cari bar..cari rokok..cari arak semata2 nak luahkan semua yang terpendam dijiwa..expresi itu sedikit melegakan katanyaaa...Tapi bila facebook dah wujud, kalau rasa semak2 dada dengan problem...dan-dan merapu dan taip kat wall FB sendiri tentang masalah diri, masalah negara..masalah duniaaaa...OMG ngalahkan gi berperang..huru hara sini sana padahal rilex jer depan komputer.Bila kengkawan FB baca, semua pakat nak beri nasihat, pendapat, sokongan tanda simpati walau kita tak kenal siapa pun mereka tak kurang yang hentam balik hehehe..1 Malaysia hokeyyy! Saling bantu membantu hehe..

8. Kalau dulu anak2 biasanya digalakkan bermain ngan kawan2 sebaya atau anak-anak jiran depan rumah.Boleh main guli..main seremban..main congkak..main kakitiga..main layang-layang..main masak-masak..belajar sama-sama..buat kerjarumah sama-sama.Biar luas sikit pergaulan jadi bolehlah berdikari bila dah besar sikit nanti.Tapi bila facebook dah wujud, jangankan nak main dengan kengkawan,main depan rumah pun tak kasi.Cukuplah main dalam rumah je oiii..dunia sekarang terrrrsangatlah bahaya..Bebudak kene diawasi selalu, kes2 diluar fikiran kita banyak berlaku sana sini. Kalau boring leh ngadap laptop,komputer,ipad,epad sorang satu...Gi la main apa2 application games kat facebook..nak berkebun? nak berperang? nak main kad? nak main masak2? nak main kemas2 rumah?..dont worry..semua ada kat FB... nak main farmville, yoville, cityville, citywonder, iheart, barnbuddy, Mafia war, solitaire castle, diamond dash, farmtown and bla..bla bla...pilihlah ikut sukaa..jadi hati mak ayah pun tak risau huhu

9. Dulu kalau menghadapi masalah dalam mencari jawapan untuk peperiksaan,interview,isi borang2 penting.. kene selak buku menggunung..kene ulang baca nota2 lama...kene rajin surf internet sorang-sorang untuk cari maklumat..kene berani bertanya agar tak sesat jalan..Untung-untung dapat jawapan pada soklan yang kita cari.Tapi bila facebook dah wujud, takyah susah2 buat tu semua...try le post apa2 kemusykilan yang berkaitan di wall sendiri nescaya berebut nak bagi buah fikiran.Yang logik ngan tak, semua kita dapat baca.Kiranya jawapan pada masalah kita pun dianggap selesai cuma perlu dikemas kini jer lagi. Tambah2 dapat orang yang betul2 ikhlas membantu.Ye laaa..semua rasa diri dah hebat so kene la cuba bagi pendapat gak.Jangan pandang rendah pada kebolehan FB oii..Leh tahan gak jawatan yang dipegang oleh kengkawan FB kita tu....ada yang cikgu,pegawai bank, pensyarah, prof, doktor, kerani, pegawai2 kerajaan & swasta, polis, askar,student Universiti, nurse and bla..bla..blaa..termasuk la housewife dan penggangur ekekeke...Time2 emergency..jawapan diaorang semua boleh diguna pakai..hebat tak??? hehe..

10. Dulu kalau dalam rumah, kita biasa dengar riuh rendah bunyi satu family bergurau senda..lari-lari sana..kejar-kejar sini..lompat-lompat sana..jerit-jerit sini...baring sana sini sambil bercerita.Wahhh..meriahnya tak terkira..hingga orang luar yang lalu depan rumah dengar hilai tawa orang dalam rumah sepertinya anak 10 walhal cuma seorang.Tapi bila facebook dah wujud, nak dengar suara dari luar pun susah.Anak 10 pun macam takde anak.Ingatkan takde orang dalam rumah tapi rupa-rupanya semua syok layan FB masing2...gelak sorang2..senyum sorang2, makan sorang2 ...tidur sorang2...santai sorang2...dan banyak benda lagi buat sorang2 hahaha...

11. Kalau dulu punyalah susah nak jejak keturunan maklumlah ada yang merantau..ada yang dah meninggal..ada yang bawa haluan masing2..Cehhh..kalau datuk2 dan nenek2 tak cerita..kalau mak bapak tak susun carta organisasi..makcik2 dan pakcik2 terdekat tak bagitau..berjanggut laa nak dapat maklumat tentang waris2 jari hantu nih.Agaknya ibubapa pun kekadang risau yang anak2 semua tak kenal siapa sepupu..dua pupu..tiga pupu diaorang sendiri... takut bercouple dengan sedara sendiri pun ye gak hehehe...Tapi bila facebook dah wujud..uikkkk...jangankan cari sepupu sepapat...nak cari sampai 7 keturunan pun takde masalah..Takyah penat2 keluar masuk kampung atau geledah dokumen2 lama atau buat iklan kat tv,news segalakkkk.....Apa susahhhh!!...Facebook nih antara salah satu saluran free untuk "Jejak Kasih" alaf baru kuikuikui...Kalau tak jumpa hari nih, esok2 terjejaklah nanti..insyaallah..yang penting kene sabar dan aktifkan FB selalu jer hehehe huisss..kagumnyeee akuuu...

12. Dulu kalau nak dapatkan berita, biar menapak depan tv sejam lebih awal sebelum siaran berita.Biar berkayuh guna basikal setengah jam ke bandar semata-mata nak beli suratkhabar.Biar call berkali-kali kengkawan yang dapat info terkini tentang maklumat yang ingin kita ketahui.Biar pekakkan telinga pasang radio seawal subuh asalkan tak terlepas berita pagi,tengahari hingga ke malam...semua jadi sanggup je...Tapi bila facebook dah wujud...takyah rasa panik or rasa tertinggal apa2 berita sensasi.Buka jer FB,yakinlah ramai reporter segera yang berlegar kat FB saat berlakunya sesuatu itu.Selang beberapa minit pasti ada update-update terkini dan berita2 gempak yang cuba ingin disampaikan.Tak cukup dengan itu,diperkukuhkan dengan gambar lak tu sebagai bukti. Adeii..ader la yang takde job lepas nih kwang3x..Tapi takpe laaa...rakyat kita kan prihatin..so info2 tu kekadang dikongsikan bersama hehe..

Nahh...ni baru cikit..lum tambah korang punya list lagi hahaha...Apa yang boleh aku katakan penangan Facebook memang kuat.Kebaikan dan keburukan sama-sama ada..yang baik kita ikut..yang buruk kita tolak ke tepi.List-list yang aku buat nih pun berdasarkan pemerhatian,pengalaman dan pendapat aku sendiri..jadi takde kaitan dengan sapa-sapa kat luar sana.Andaikata ada yang terasa atau terkesan dengan apa yang aku taipkan..pohon ampun sebab ini cumalah sekadar hiburan dan juga untuk kita memahami kenapa facebook sering disebut2 dalam masyarakat kita.Kalau awal kemunculan internet di negara kita,orang tak hairan kita takde Facebook tapi zaman sekarang bila kita sebut takde Facebook jer,semua ingat kita berlawak..sedangkan bayi yang sebulan pun kekadang ada FB sendiri ekekek..Haikk..Pelik sangat ke takde facebook? Aku sendiri pun tak faham hahaha..Apa-apapun..selamat berfacebook semuaaaa..Yeay!!!



No comments:

Followers