Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 30 January 2012

Rezeki Hafiz pada Lagu Awan Nano Untuk AJL26


Yeayyyy!!..Awan Nano!!!...Hafiz jadi juara AJL26!!!..Seronoknyeeeee!!!...Bestnyeee!!!..Bangganyeeeee!!!...nyeee..nyeee..nyeeee..wowwweeeeee!!!!(^,^). Aku rasa semua blogger seluruh Malaysia atau yang dok menonton kt oversea pun tak sabar nak updatekan entry mereka semalam termasuk la aku tapi sayangnya aku tak larat nak bersekang mata lepas tengok AJL semalam..tak larat aku wehhh ngeeee.... Agaknya semua pun tak sabar nak bercerita tentang topik yang sama iaitu Juara AJL26 dimana ini merupakan satu topik gempak dan agak menarik untuk dikongsikan bersama.

Aku? Dah tentu aku happy sakan bila Hafiz dinobatkan sebagai  Pemenang Tempat Pertama Anugerah  Juara Lagu yang ke-26 ..Tekaan aku lepas tengok kesemua persembahan tersebut "sedikit" betul...kelas ko jahhhhh!!! hehehe..Sempoi habis ler Hafiz nih, aku bagi thumb up kat usaha Hafiz sebab walaupun cuma hanya mengenakan seluar sukan yang berlipat di kaki ala-ala balik dari menangkap ikan ngeeee.. rambut serabai, baju t-shirt cam pudar colournye dan berani berkaki ayam sedangkan yang lain semua berkasut kilat dan bertumit tinggi hehehe..Tak sangka lak lagu nyanyian Hafiz mampu memikat hati Juri dan seluruh penonton. Aku sendiri yang menonton pun rasa terkesan apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Hafiz..choyyy..choyyy..choyyy..tersentuh hati youuuu..feeling siotttt!!! ekekeke...Mungkin juga kerna Hafiz  bersahaja dalam corak persembahan yang aku kira nampak bersih dan simple je hehe Rasanya ramai gak penonton yang bersetuju dengan pilihan para juri bahawa Hafiz layak menjadi Juara kali ini. Juri yang memilih pun bukan calang-calang dan bukan sedikit..setambun tuuuuu,nak pertikaikan apa lak lepas ni??? Part yang paling best bila sekali lagi Hafiz menjadi pemenang Vokal terbaikkk 2011!!..Power ahhh..kau adaaa??? :-p


Apa-apa pun Tahniah buat Juara AJL26 iaitu Hafiz, 3 diva (Jac,Ning dan Shila) yang menyandang gelaran naib juara dan Faizal Tahir yang merupakan pemenang ditempat ketiga.Tak lupa juga kepada Alyah yang berjaya mendapat tempat dalam Persembahan terbaik. Nampaknya tahun nih rezeki menyebelahi korang semua. Sesungguhnya suara korang memang power-power belaka dan memang layak diberi anugerah pada malam tadi. Dan bagi peserta yang kurang bernasib baik, diharap jangan berputus asa..Siapa tahu tahun 2012 merupakan rezeki korang pulak. Teruskanlah mewarnai industri Muzik tanahair. Yeay!!!

No comments:

Followers