Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 26 January 2012

MAS Missing You Flash Mob at KLIA

Pernah dengar word "Flash Mob" tak???....Agaknya ramai yang masih blur macam aku gak kut hehehe..Ye arr..aku ngaku gak tak pernah dengar perkataan flash mob sebelum nih tapi selepas aku nonton videoclip dari youtube selama 6minit 21 saat tu,baru aku faham sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan flash mob.Agaknya aku leh katakan ini merupakan salah satu Hiburan secara spontan kut yang boleh berlaku dimana-mana sahaja didunia ataupun dalam bahasa mudah untuk difahami "persembahan mengejut" hehehe...Cuma kita tak pasti berapa ramai bilangan mereka yang  turut serta untuk membuat sesuatu persembahan tu..cecah ratusan orang pun leh jadi gak. Sekali tengok macam penyamaran pun ade gak..Sesungguhnya aku sendiri bila first time tengok persembahan mereka di youtube, rasa terkeliru siapakah yang menjadi penonton sebenar diantara mereka  hehe.

Opsss..aku tak nak cakap pasal maksud flash mob tu panjang lebar,kang aku salah info lak haha..Lebih baik aku sharekan perasaan aku lepas tengok videoclip yang menjadi tarikan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi youtube baru-baru ini. Pehhhh....kalau aku dah tempek tajuk "Flash Mob" dah tentu-tentu aku bercakap pasal benda yang sama kannnnn...Hmm..baru-baru nih flash mob telah membuat persembahan di KLIA dimana ini merupakan salah satu event daripada Malaysia Airline untuk menyambut kehadiran Tahun baru. Dengan menggunakan tema "Missing You" yang diberi oleh Malaysia Airline sebagai tema kali ini, maka Flash Mob telah mempersembahakan 8 lagu medley hit daripada pelbagai bahasa. Dengan persembahan bersahaja daripada flash mod kita boleh melihat para penonton begitu terhibur dan puas hati dengan kehadiran dan persembahan mereka. 


Bagaimana dengan Aku? hehehe..Walaupun aku cuma menonton di Youtube tetapi aku tetap bagi "thumb up" kat usaha Malaysia Airline dan group Flash Mob yang bekerja keras untuk menjayakan acara ini serta memberi komitmen dan kerjasama yang baik sekali walaupun datangnya daripada pelbagai peringkat usia,bangsa dan budaya.Tak salah jika aku katakan bahawa mereka telah membuatkan kita berasa bangga menjadi anak Malaysiaaaaa...
 "Proud to be Malaysiannnnnn!!!" Yeay!!

No comments:

Followers