Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 5 January 2012

Jom Kita Mulakan

Owww..pagi yang aku kira agak mendung dan sejuk...bestnyeeeee...Tapi walaupun dengan suasana pagi yang tak menentu begini aku tetap rasa segar dan bersemangat semacam. Lagi buat aku seronok bila lihat puteriku ceria je nak gi sekolah 2 hari nih,syukurlah tak banyak ragam.Bangun pun tak liat seperti hari pendaftaran hari tu.Sebagai mamanya, aku sedikit lega dan 
tumpang happy untuk komitmen yang dia cuba berikan.Syukurlah nakkkkkk!!! ekekeke..

Image Source: Google Search

Owhh..What a wonderful life (^,^)...woweeee..kalau hari tu aku cakap back to school, hari nih pula aku nak cakap Jom "back to workkkkkk!!!." Masanya untuk kembali memerah otak...Perasaan aku? Of coz excited gilerrrr...ngeee..Hari untuk aku mengadap kembali kerja-kerja yang dah lama aku peramkan. Cuti sekolah yang lama buat semua aktiviti aku terganggu tapi takpe aku leh handle semuanya ekekeke..<--Perasan hebat jap ngeeee...Tibalah masanya untuk aku selak balik file2 yang bertimbun depan aku nih....kemas kini data dan profile yang tersangkut sana-sini..susun dokumen yang bersepah atas meja..buka segala surat menyurat...buat check list..fotostat apa yang patut...skodeng latest news...buat rujukan or study balik benda yang aku lupa dan last sekali dah tentu sebelum senja aku plan nak buat lawatan seminit dua ke dunia ke-2 aku..dah lama tak jenguk aku jadi rindu lak hehehe. Wohhh..Mampukah aku untuk buat dalam sekelip mataaa???..Banyak benda aku nak buat hari nih tapi biarlah aku bereskan satu persatu..slow-slow maaa..takyah gopoh2 walau kerja aku bertimbun.Biar lambat asalkan selamat..takde sape nak desak pun..Cool jerrr tapi yang pasti aku tak pernah penat buat perkara yang PALING aku sukaaaa hehehe

Image Source: Google search

Plan aku untuk tahun nih tak ler besar sangat tapi harapnya mampu buat aku tersenyum sendiri. Setiap kejayaan tu takkan terjadi kalau kita tak berusaha dan untuk berjaya kita tak perlu membandingkan diri dengan orang lain.Cukuplah apa yang kita buat itu membanggakan diri kita sendiri dan orang terdekat di sekeliling kita. Apalah makna semua usaha kita tanpa sokongan diri, family dan mereka semua hehe.Aku ingat lagi pesan cikgu favourite aku time sekolah dulu.."Kalau nak lulus kene rajin, kalau nak gagal boleh rilex tapi ingat jangan berangan memeluk sepohon pokok yang besar kalau tangan tak sampai"...Ahh..betul tuuuu..stop dreaminggggg!!!..Sebaiknya kita berusaha untuk ke arah itu, biar suatu hari nanti tangan kita sampai untuk memeluk pokok besar itu..chewahhh..hehehe..Kata-kata semangat yang aku hargai sesangat dan sememangnya selalu terpahat dikepala aku sampai bila-bila.Doa-doakanlah semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik atas segala usaha aku selama ini.Harapnya begitulahhhh...Jom kita mulakannnn...Yeay! 

No comments:

Followers