Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 12 January 2012

Banjir Hari Ketiga dan Keempat

Opsss..server downnnnnn!!!!..Wifi modem aku cuma mampu berkelip-kelip jer..Cehhh!!!..sudahlah seharian bernyala merah semalam dan sekaranggggg???....punnnn masih begitu jugakkkk!!! Adusss...asem tol ahhh...aku jangka mungkin akan berlarutan hingga ke hari nih kut takpun untuk 2,3 hari lagi kwang3x..Sabooo jer laaaa... Mujurlah aku masih ada broadband dalam simpanan aku.Broadband yang nih pun, kejap pakai kejap tak..saje buat koleksi kuttt hahaha..Suka membazir tol ah aku ni kannn...Yerrr..aku tau tuuuu tapi waktu2 gawat camni ler sesuai sangat kegunaan broadband aku nih kannnn ngeeee (-,-) Gawat ler time banjir camni,korang ingat news ada jual time banjir camni?Takdenyee orang nak hantar..kene skodeng internet baru leh tau info2 terkini hehehe....Hmm..Walaupun tak selaju streamyx tapi takpe la asalkan dapat online pun dah cukup bagus.Nak merunggut pasal speed broadband aku takleh nak cakap apa2 pasal yang aku langgan ni pun pakej yang paling murah (^,^)Nak ngadu kat celcom memang kalah free jer... baik diam hehe

Kesulitan untuk beronline semalam sangatlah dikesali ( <-- pinjam ayat surat formal jap hehe) Maka disebabkan itu,tergendalalah hasrat aku untuk mengupdate banjir hari ketiga tapi nasib baik la pagi nih aku teringat akan broadband aku hehehe..Nape la aku leh lupa semalam ek pasal broadband aku nih? siot jer..tua sangat ke aku nih sampai lupa ingatan kwang3x :-O . Dipendekkan cerita, hari ketiga banjir dan hari keempat aku gabungkan menjadi satu entry..biar tak membebel banyak sangat ngeeee..Hari ketiga dan keempat tak banyak yang dapat aku corekan, seperti yang aku katakan dalam entry banjir hari pertama dan kedua...Air akan terus naik dan nampaknya ramalan aku betul kali ini.Kelihatannya paras air semakin naik pagi nih dan ini membuatkan aku sedikit terkebil-kebil depan pintu.Perasaan aku tetap macam biasa cuma aku terfikir adakah paras air ini akan terus naik atau cuma semaximum itu saja untuk kali ini atau tahun ini???.Jika aku bandingkan dan melihat dari mata kasar dengan keadaan banjir tahun lepas, paras air untuk pagi ini tidak setinggi tahun lepas.Jadi ada sedikit kelegaan di hati aku ketika ini.Tak perlu aku memikirkan sesuatu yang diluar kotak fikiran aku huhu 

Legalah jugak melihat keadaan begini..jangan naik lagi hendaknya.Biar takat itu saja naiknya jadi aku pun tak gelabah dan anak aku pun dapat bersekolah seperti biasa.Pembelajaran puteri aku pun terbantut gara-gara banjir nih,cuti je laa..entah bila akan bersekolah semula aku pun tak pasti.Untuk keadaan seperti ini..lebih baik kita utamakan keselamatan anak-anak dulu ye tambah2 anak aku baru nak masuk umur 7 tahun.Terdengar gak sekolah akan berjalan seperti biasa cuma akan dikecualikan kepada pelajar2 darjah 1,2 dan 3 sahaja.Untuk tindakkan itu aku memang rasa puas hati tapi jika aku kenangkan Sekolah tempat anak aku belajar itu pulak terletaknya bertentangan dengan sungai besar jadi aku terfikir kenapa tidak ditutup sahaja untuk beberapa hari ini demi keselamatan pelajar semua.Bagi aku,memang aku langsung tak ada perasaan untuk menghantar puteriku ke sekolah buat masa terdekat ini..sungguh menakutkannnnn..seram pun ada gakkk..arus air pulak tak tentu arahnya jadi aku tetap tak sanggup rasanya untuk meredah walau guna perahu.Bagi mereka yang biasa dan anak2 mereka yang tahu berenang jer yang boleh melalui semua itu huhu Tapi apa-apa pun kita doakan sama-sama moga tiada apa2 yang berlaku sepanjang banjir ini berlaku.Mungkin ini ujian dariNya untuk melihat tahap kesabaran manusia. Mungkin juga ini kejadian alam yang terpaksa ditempuh oleh penduduk tempatan sejak zaman berzaman sehingga menjadikan kedatangan banjir ini bukan sesuatu yang merbahaya atau menyusahkan atau MUNGKIN juga kedatangan banjir ini menjadi petanda kepada penduduk kampung bahawa rezeki akan datang lebih banyak selepas ini dengan tertangkapnya ikan2 sungai yang datangnya dari segala pelusuk muara hehehe..Siapa tahu semua itu akan berlaku..wait and see jer laaa...Sekarang pun aku dah nampak beberapa penduduk sibuk menjala ikan di keliling rumah aku hehehe..Yeay!

 Batang pokok dah tenggelam ditelan banjir huhu..

 Satu-satunya gelongsor tinggi tempat anak aku selalu bermain...Rasanya dah sampai tangga ke-3 atau  ke-4 paras airnya

Macam biasa..air sekejap naik dan turun tapi yang penting tetap bersih berseri2 hokeyy..cuma pukat comel yang diikat di penyidai kayu tu oleh Mr.hubby yang menggumpul segala rumput2 terapung hehehe..Ikan? tunggu jer la rezeki 2,3 hari ini hehehe...hadapan rumah aku nih leh tahan ikannya hehehe..

No comments:

Followers