Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 7 January 2012

Lirik Sedetik Lebih - Anuar Zain

Lagu Sedetik Lebih nyanyian asal Anuar Zain yang juga pernah dinyanyikan oleh Jackly Victor dalam separuh akhir Muzik-muzik 26 baru2 nih. Semua pun tahu lagu nih merupakan lagu tema untuk Hikayat Merong Mahawangsa kannnn so takyahlah aku nak ulas panjang lebar lagi tentang movie tu.Hmm..Setiap kali mendengar lagu nih aku lak yang rasa lain macam, feeling youuu hehehe.Memang tak dinafikan lirik lagu Sedetik Lebih nih cukup menyentuh hati dan penuh makna.Terkesan dengan lagu nih tetiba datang pula idea nak buat clip simple dengan mengambil lagu Sedetik Lebih ini sebagai background song untuk clip yang aku cuba reka sendiri...clip kununnnnn..padahal main tempek2 jerrr  hehehe.Ahh..walau pun aku cakap camtu sebenarnya ini adalah idea asal aku sepenuhnya so jangan risau,aku tak ambik dari mana2 pun.Aku buat pun sekadar suka2 sambil mendalami senikata lagu tu.Penceritaan yang agak mudah daripada aku tapi penuh isi tersirat.Opss..Bersenilah jugakkk maka yang jiwang2 karat jer leh memahami jalan cerita clip nih (6,6) Maaf ler kalau tak sempurna sebab ini merupakan percubaan pertama aku dan sekaligus aku publish kat youtube  malam nih dengan selambernyeee.Memang aku menghadapi masalah dengan server setiap kali nak upload oleh itu ada yang part tersekat2 atau nampak tak clear.Layan jer lah yeee...Yeay!



Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa oooo

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Nota: Kenapa aku guna gambar pokok? Errr..no idea..korang tengok clip tu pun leh paham (^,^)

No comments:

Followers