Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 9 January 2012

Banjir hari Pertama

Goshhh..What a bad dayyyy!!!..dugaan toll ahhh!!..Asal bulan januari jer aku rasa dup dap dup dap...…Kalau beberapa minggu lepas aku dok risau banjir kat kampung asal aku, kali nih pulak berlaku tempat aku dok bertapa ni hahhh!!..Oh Nooooo…Untuk kali ke-2 aku menghadapi banjir kat kawasan nih.Dan seriusnya,keadaan banjir tahun lepas masih bermain difikiran aku sepanjang malam. Risau, takut, gerun, geli, ketar lututttt semua adaa…adeiii…tak tercapai akalku wehhh kwang3x.Walaupun aku dah menjangka akan berlaku banjir sekitar kawasan aku nih tapi bukanlah seawal ini..baru awal bulan..cehhh..bencana datang tak kira masa lak uwaaaaa…tension siot aku oiiiii…Baru aku nak rest kat rumah sendiri tetiba kelam kabut  dengan kisah banjir pulakkkk…penin betul la camnih…ngeluh dalam hati jer aku dibuatnya.

Lagi aku lemah semangat bila terputusnya bekalan elektrik sejak jam 9pm(hari ahad) malam semalam sampai lah ke hari nih.Whattt..this is too muchhhh..dah mencecah 24jammmm…Seumur hidup aku,tak pernah terkena camnih,paling lama pun terputus bekalan elektrik yang pernah aku lalui ialah selama 8jam.Lagi gempak bila hujan lebat malam semalam telah menumbangkan 4 tiang elektrik.Tapi syukur sangat2 sebab beberapa minit yang lepas (0917pm hari isnin)rumah aku bercahaya semula ngeeee..takde lagi hitam putih kehidupan kuikuikui

Pengalaman telah mendewasakan aku,so malam ini aku nak senaraikan masalah2 yang aku hadapi bila banjir begini.Sharing is caring hokeyyyy!!!ngeeeee (^,^)

1.   Benda pertama yang merisaukan aku bila berlaku banjir begini apabila berhadapan dengan masalah untuk mencari tempat parking kereta or motorsikal. Mujurlah office Mr.Hubby aku tu terletakknya ditempat tinggi sedikit jadi resiko banjir adalah kurang maka sekitar jam 11pm malam semalam aku dan Mr.hubby bertindak untuk meredah hujan yang aku rasa macam ribut jer huhu..Perkara yang harus dilakukan ialah dengan menghantar kereta di tempat yang tinggi.Selamatkan kenderaan kita selagi kita sempat..jangan lak wat bodo bila tengok air naik..jangan lak fikir hujan lebat kita takleh redah..Apa yang penting kita kena bijak walau dalam apa jua keadaan....kang meraung nak repair enjin keta pas air surut..huhu 

2.      Benda kedua yang merisaukan aku bila letrik tak adaaaa…Kenapa penting sangat letrik nih? Gila tak penting…kebanyakkan barang dalam umah aku guna elektrik hokeyyy…Peti aku dah berbau kat dapur tu akibat off sepanjang malam.Semalam pulak tidurku tak lena gara-gara aku terpaksa ringan tulang menggipas anak aku tidur sepanjang malam sampai satu badan rasa lenguh bila bangun pagi nih.Handphone aku pulak dah sehari tak bernyala…beteri kong wehhh..nak contact and reply sms mak,ayah,kakak and kengkawan pun susah.Aku rasa cam dok dalam gua pun ada gak.Takleh berhubung dengan dunia luar sangatlah mengecewakan.Yang aku paling tak tahan…Streamyx..haduiii..streamyx…aku tak bernyala tuuuuu…blog aku pun sonyappppp sehariiii seperti semalam kwang3x…

3.       Benda ketiga yang merisaukan aku bila saatnya kekurangan stok makanan kat dapur huhu…Aku nih kuat makan hokey sebab tu aku risau wakakaka Tapi yang lagi merisaukan aku bila perut anak aku kosong tapi insyaallah tak sampai tahap tu lagi.Banjir kecil2 gini sempat lagi Mr.Hubby rembat barang2 dapur kut. Imagine untuk sedapkan hati..tapi kalau air dah naik esok2..hadeii..nk rembat kat mana?Harapkan pasar?Haduiii laaa..maaf lah…semua aku jangka akan tutup..harapkan nak gi tempat lain…jalan terputus lak..so pasrah ialah jawapan terbaik.Bak kata ayah aku dulu..Selagi ada beras dalam rumah takpe..leh buat bubur nasi kalau menu lain takde hehehe Dibuatnya banjir selama 2 minggu,adeiii..2minggu gak telan bubur nasi…camne tu?  :-s

4.       Benda keempat yang merisaukan aku bila air takde..opss..maksud aku air paip yeeee…Part yang betul2 menyusahkan hidup aku kut hahaha..Nih tekak nih dah hampir2 kering lak rasanya tapi kene bersabar jer laaa,utamakan tekak anak dulu wehhh hehehe..Nasib baik ler Mr.hubby ada beli air mineral sebelum banjir aritu so selamatlah cikittt.Bukan sebab cuma dahaga  tapi nak mandi susah, nak masak susah, nak cuci pinggan mangkuk susah, nak cuci baju susah,nak masuk tandas pun susahhhh..serba serbi susahnya.Tambah2 aku yang ada bebudak dalam rumah camnih,hausnya tak seperti hari biasa lak..buang tebiatkah aper??..hairan aku hehehe.Tapi bak kata jiran aku petang tadi kalau takde cara lain nak masuk tandas time emergency,kene angkut air depan tanggalah jawabnyaaaaa.Tak terfikir lak ..bijak..bijakkk wakakaka..

5.       Benda kelima yang merisaukan aku bila takde sampan hahaha…macam lawak jer kannn..tapi macam aku cakap mula-mula tadi..pengalaman mendewasakan kita.Belajar dari kekurangan kita sebelum ini hehehe..Bila takde sampan,ko menapak ler kat umah sampai berkulat…nak gi mane2 pun mati akal.Tapi Alhamdulillah…tahun nih family aku tak seperti  tahun lepas dimana kami serba serbi takde.Agaknya mula-mula pindah sini awal tahun 2010 sebelum tu sedikit mengejutkan kami, maklumlah langsung tiada “basic” menghadapi banjir..waktu itu aku rasa gelapnya duniakuuuu tapi tengok orang sekeliling(org kpg) rilex jer sambil santai2 mendayung tepi quarters aku nih… hehehe.Dan sekarang,atas dasar nasihat penduduk dan kengkawan serta pengalaman banjir  tahun lepas,pada tengah tahun 2011 Mr Hubby telah bertekad membeli sampan yang dibeli hasil dari kerja tangan penduduk tempatan. Resiko banjir memang diketahui dikawasan nih jadi  selalu “sediakan payung sebelum hujannnn!!”. Dan sungguh mencuit hati bilamana kalau tahun lepas Mr.Hubby terpaksa  berjalan meredah air yang naik hingga paras pinggang tapi untuk julung kalinya hari ini aku melihat Mr.Hubby mula mendayung perahu menuju ke office.Pehhhh..ala-ala zaman bapak aku  bujang dan mula-mula kerja dulu kut hahaha…

Cukuplah aku senaraikan lima jer  yer,selebihnya aku tempek gambar2 sepanjang  yang berlaku hari ini ngeeee..Yeay! (^,^)

Keadaan banjir bermula awal pagi tadi..tapi ini bukanlah peringkat paling teruk ye.Ini merupakan keadaan paras air pada hari pertama iaitu bermula hari ini, insyaallah aku akan updatekan untuk 2,3 hari yang akan datang dimana keadaan itulah yang bakal merisaukan aku sebenar ngeee..Bersihkan air tu,hitam dan berkaca-kaca hehehe..Tengok pun tak geli.. :-p

Nahhh...puteri aku mula tunjuk belang pada sebelah petang..mentang-mentang daddy dia dah ada perahu,dia pun nak try gak huhu..syoklah juga tengok telatah dia hehehe...

Guess whattt?? hahaha...puteri aku sempat belajar berenang dengan anak jiran.1st time aku benarkan dia main air camtu siap guna pelampung beso gedebak..Part nih aku kene berdiri teguh kat tepi...paling lama aku benarkan dia mandi pun 15min..takleh lama2,sekadar untuk melepaskan gian dia main air jer..cian gak tengok dia terjeling2 sebelum tu..last2 aku heret dia gi rumah jiran,biar dia merasa zaman bebudak aku gak kuikuikui..Air sungai sejuk hokeyyy..anak aku nih tak tahan sejuk,cepat jer bertukar kulit so cukuplah 15min untuk budak umo 7 tahun..ngeeee

 Wahhh...rezeki banjir...baru pasang pukat terus dapat ikan talapia hitam..pehhh..aku sempat jer capture..siap yang 2 ekor dah disiang sebelum dapat ikan yang ke-3..goreng lerrr..menu untuk malam hehehe...kan dah cakap stok kat dapur berkurangan tapi syukur alhamdulillah, Allah turunkan rezeki untuk hari ini hehehe...

Opss...15minit kemudian,pukat comel Mr.Hubby dapat tangkap 4 ekor lagi ikan talapia hitam...woweeeee...aku rasa teruja dan seronok sebab menjadikan jumlah kesemua sebanyak 7 ekor dalam masa setengah jam pas dipasang hehe Happy tak terkata aku tengok hasil2 nih hehe..Yang nih simpan untuk menu esok jer laaa wakakaka...

No comments:

Followers