Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 10 January 2012

Banjir Hari Kedua

Hmm..nampaknya hari ke-2 air semakin naik..naik dan terus naikkkk!!. Walahwehhhh...Dan aku agak kalau semalam airnya cuma berada di paras bawah lutut tapi nampaknya hari ini telah mencecah peha aku lak huhu..Perbezaan yang agak ketara untuk 2 hari ini dan aku boleh menggagak bahawa untuk 2 atau 3 hari yang akan datang keadaan air akan terus naik untuk beberapa kaki lagi huhu Maksudnya, paras hari ini masih paras biasa saja yeeee...takde maknenyeeee huhu

Tak banyak yang aku dapat kongsikan untuk hari ini,tapi aku tetap teringin untuk coretkan detik2 banjir ini dalam blog aku hehee..Ermm..Bangun tidur jer pagi nih,aku rasa agak malas..penyakit "M" aku datang dahhh.Pehhh.. satu badan rasa lemah sebab aku tahu kalau aku terjaga pun,takde apa yang dapat aku lakukan..air paip dah ada tapi tak sekuat mana..nak guna pun kene jimat2 huhu.Walaupun begitu aku tetap bangun seawal yang mungkin sebab terasa ingin menikmati suasana pagi yang seakan seperti lautan lak pada ketika itu.Bukan selalu aku merasa perasaan begitu hokey,sekali setahun je..tu pun time banjir.Bila tengok bawah rumah,terasa rumah aku nih terapung atas air lak seperti kat sabah nun hehe.Mujurlah Quarters tempat aku stay nih bertiang,kalau dapat quarter yang direct lantai dia kat atas tanah tu..ala-ala rumah teres tu arr..hadoiii..dan2 aku satu family dah pindah pagi semalam jugak hahaha..Syukurlah tak sampai tahap tu ngeee..

Owhh..aktiviti aku belah petang agak padat dengan acara sendiri yang entah apa-apa.Keboringan aku menapak sepanjang hari dalam perut rumah telah membawa aku kepada aktiviti yang menyeronokkan pada belah petangnya pula.Apa lagi..inilah masanya untuk aku melihat keadaan sebenar banjir sekitar kawasan aku.Tanpa membuang masa,bila Mr.Hubby sampai jer dari pejabat,aku lak try ajak Mr.Hubby meronda2 bersama puteri kesayangan kitaorang dengan menggunakan sampan ....jakunlah jugakkk ekekek..Aku pun nak merasa gak dok dalam perahu baru nih oii..takkan nak tengok dia jer mendayung kehulu kehilir so faham2 lah yer perasaan aku hahaha...Opss Tapi hari nih penyakit malas aku berlarutan sampai ke malam jadi idea aku terbantut waktu aku rasa banyak benda aku nak taip disini huhu.Agaknya mood aku untuk menaip malam nih menurun cikit daripada hari-hari biasa,rasa macam diawang-awangan lak jiwa ini..nape ye??? hehe.Oklah..daripada aku merapu dengan benda yang entah apa-apa..baik aku tempek gambar buat tatapan korang semua.Ni semua untuk kenangan aku pun ye jugak..enjoy yerr..Yeay!!!..

 Nampaknya air  depan rumah aku agak tenang pagi tadi tapi ini tak bermakna apa-apa kerna airnya tiada tanda-tanda akan surut..huhu..Cuaca agak panas,air semakin naik? Ye..walau panas terik belah pagi tapi air tetap semakin naik pada sebelah petangnya pula.. suasana rumah terapung hokeyyyy..sebab tu aku excited nak jenguk keluar pintu awal pagi hehehe...

Deretan rumah di perkampungan Cina yang berada di seberang kawasan aku yang mungkin menghadapi resiko untuk dimasuki air tapi insyaallah takkan apa2..Diaorang pun tak panik tu hehehe..agaknya dah terbiasa sangat dah kut..lain la macam kita yang baru datang tempat diaorang camnih.Macam aku tahun lepas arr,panik entah apa2 tapi aku tengok semua rilex jer hehe

Keadaan jalan raya di depan rumah aku yang bertukar wajah..tenggelam sudahhh..kan dah cakap ,airnya dah hampir paras peha dahh huhu..kawan aku kat ujung nun siap bermandi manda lak tu.2 orang jiran baru aku tu memang 1st time gak ngan banjir sebab tu sampai mandi manda tengah2 jalan,tambah2 air hitam bersih camnih.Kalau dapat yang keruh dimuara,kuning ala2 kopi susu tu..jangan harap nak turunkan semua kaki hahaha..Sempat la juga ajak aku sebelum tu tapi aku lebih suka menerokai alam hehehe..best aper hahaha

 Aku ngan puteriku sempat jer pose dalam perahu..Ini untuk kenangan abadi hokeyyy...untuk tatapan aku 10 tahun akan datang wakakaka area pasar..rasanya kawasan playground kut hehehe..

Salah satu bangunan yang diyakini selamat dan bebas dari banjir sebab kawasan dia lebih tinggi.Nampak lori tu?..nahhh..itulah buktinya kawasan itu adalah selamat hehe..Mean tinggilah sikit kat situ yeeeerr.Gambar ini diambil dari tengah2 padang bola di hadapan bangunan tersebut.Saja pusing2 tengah2 padang..cantik aper hehehe..

Pendayung terhebat dan seketeri terulung...pehhh..bangganya muka dapat mendayung..tapi habis kekisi perahu dia kerjakan kwang3x 

Kawasan perkampungan dan quarters lama yang tak berpenghuni..hmm..kebiasaannya aku melihat penduduk kampung seronok berjalan2 disitu time banjir tapi petang tadi agak sunyi..entah..taktahu kenapa? hehehe..


No comments:

Followers