Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 25 October 2011

Lahirnya MasterChef Malaysia 2011

Wahh..wahh..wah...1 rancangan baru kat Astro Ria yang dapat di saksikan dari Sabtu hingga Rabu jam 9 malam betul2 menarik perhatian aku dan mungkin juga seluruh rakyat Malaysia.Terpegun sejenak sampai aku rasa ingin berkongsi dengan kengkawan semua dalam entri kali nih.... chewahhh sibokkk jer kannn ekeke...

(Sumber Gambar: Google Search)

Sebelum rancangan nih mula ditayangkan,dalam kepala cuma fikir pakar2 makanan ,otai-otai masakan dan bakal2 chef yang terhebat di Malaysia je yang MUNGKIN layak untuk merebut gelaran nih.Tak pun bekas2 pelajar yang berkaitan dengan aliran masakan yang diberi keutamaan untuk berentap dalam rancangan Masterchef nih.Tapi tanggapanku salah sesangatttt...taktahu pulak dalam Masterchef nih memberi peluang kepada semua golongan peserta.Memang agak berbeza dari apa yang difikirkan.Terbeliak juga mata bila pertama kali mendengar setiap latarbelakang peserta2 kita hehehe..Mana taknya ada pekebun,pelajar,pelakon,doktor,pereka fesyen,juru audit,surirumah,jurulatih dan bla..bla..blaa..Dalam hati aku siap cakap "Aikkk...Biar betul diaorang nih? Masterchef Malaysia tuuu..."( <--tanda-tanda terkejut tahap gabannn ngeeee..) 

Hmm..Rancangan yang mengetengahkan 40 peserta yang bertuah dan sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam diri aku sehingga hari nih.Apakah kriteria atau corak pemilihan yang diambil kira oleh juri2 dalam memilih peserta2 ini.Yang aku boleh lihat sendiri dengan mata kasar time nonton rancang nih,peserta2 semuanya berbakat dan mempunyai minat yang sama iaitu Memasak.Selebihnya aku masih dalam kekaburan untuk meneka.Adakah berdasarkan kehebatan berhadapan dengan tekanan ketika berada didapur? Atau keenakan rasa masakan yang disajikan? Atau ketangkasan yang sepatutnya ada pada seorang yang bergelar Masterchef? Atau harus ada ciri-ciri kreativiti pada setiap hidangan? atau perlu memahami Ketepatan masa dalam memasak? atau keyakinan yang ditunjukkan oleh para peserta itu sendiri? atau pengalaman sebelum mengikuti rancangan nih? Almaklumlah kebanyakkan peserta yang kita dapat saksikan mempunyai pengalaman start dari zero dan seperti banyak benda yang tak tahu or tak pasti...lebih banyak yang masak didapur sendiri daripada di restoran2 kat luar sana tu haaaa...Apa yang lagi lawak bila dia orang blur,aku pun jadi blur gak..kecut perut sorang2 haha.Tu yang aku hairan gak bila fikir balik apa yang buat mereka terpilih untuk join rancangan nih hehe....Haduiii..aku sibuk jer nak tahu hehehe..

Tapi apa-apa pun tanggapan kita sebagai penonton,sebaiknya kita tak perlu mempersoalkan sampai ke lubang cacing walaupun ada datang perasaan macam aku tadi tu arrr hahaha..kerna aku percaya mereka dipilih pun bukan dari calang-calang juri sebelum ini..Mungkin juri2 profesional ini telah membuat beberapa ujian atau merasa sendiri masakan mereka semasa audition sehingga mereka layak diberi peluang untuk menyertai rancangan Masterchef nih..hehe.....Mungkin juga mencari x-factor untuk MASTERCHEF MALAYSIA hehe..

Bagi aku rancangan Masterchef Malaysia ini mungkin masih baru tapi percayalah ada kelainan tersendiri yang kita boleh amati..simple tapi mampu menarik minat penonton sampai kita sendiri leh rasa berdebar-debar..emo sakannn haha....Dan yang paling syoknya Masterchef Malaysia sesuai untuk ditonton setiap lapisan masyarakat tak kira kaum,agama dan usia. Rasanya inilah antara rancangan yang kita sendiri boleh nampak dimana terdapatnya konsep 1 Malaysia diterapkan dan memang sesuwaiii sangat untuk rakyat Malaysia! MASTERCHEF MALAYSIA BEST oiii!!!...Yeay!..

Nota: Psttt..aku suke tengok part bila peserta diuji dengan perkara-perkara basic seperti potong bawang,perah santan,pukul telur and pas nih apa pulak yeee??...Rasa nak masuk dapur and try gak dibuatnya haha..effect rancangan nih agak kuat yer bagi someone yang dok ngadap dapur memanjang apatah lagi rakyat malaysia kat luar sana yang suka tengok rancangan masak-memasak hehe..mesti ada yang cuba gak pas tengok tuu hehehe...And aku minat sangat juri kita Chef Priya..sentiasa cool and senyum memanjang hehehe..


Nota 1: Karang juri2 dah tukar pulak..Chef Riz dan Chef Zubir yang menggantikan 2 chef sebelumnya..huhu

No comments:

Followers