Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 31 October 2011

eMAS,AIR atau FIRE!!

Selalunya setiap pagi isnin aku baca status update kengkawan di facebook semuanya macam tension2 belaka.Mungkin impak cuti sabtu dan ahad sebelum tu membuatkan semua hilang mood hendak bekerja pagi nih.Sampai kekadang aku pun terpengaruh dengan ayat-ayat diaorang walaupun bagiku setiap hari pun sama hahaha.

Hmmmm...Cuma hari ini aku merasa sedikit perbezaan dalam taman di hati ini chewahhhh...Hari yang pelik dan aku rasanya lebih bersemangat daripada hari-hari yang sudah.Setelah beberapa hari fikiranku agak terumbang-ambing memikirkan sesuatu.Ye aku boleh rasa itu sebab aku tahu kalau aku "down" cikit jer aku jadi cepat sakit sana sini.Badan lak rasa macam takda energy nak buat itu ini.Dah tua memang macam tuuuu,macam-macam penyakit yang datang kuikuikui.

Tapi alhamdulillah pagi nih aku rasa sedikit lega dan rasa bernafas semula setelah tergerak hati nak check semula segala yang aku rasa sendiri TAK MUNGKIN beberapa minggu lepas.Mungkin juga aku leh ketegorikan agak "Menghampakan" kut time tu.Hari ini aku rasa macam ada spotlight dihujung terowong lak..blink..blink wakakaka.Apa yang membuatkan aku semakin tak sabar bila menggenangkan ianya merupakan antara aktiviti yang berkaitan dengan tarikh ulang tahun perkahwinan aku dan Mr.Hubbyku yang ke-11 yang akan turut disambut dengan puteri tersayang.Siapa yang tak excited woiii..kalau semuanya bertujuan untuk mengenang sesuatu yang indah ekekeke...Doa-doakan semoga semua program yang dirancang akan berjalan dengan lancar.Apa yang boleh aku jadikan cluenya ialahhhh eMAS,AIR atau FIRE!! (",)

Dan pagi isnin ini juga apa yang turut menggembirakan aku bila aku lihat pergerakkan statistik atau analitik blog aku mula ada peningkatan.Kata kunci yang dicari juga memuaskan hati aku,tak ada yang buat aku terbeliak setakat nih.Baik-baik belaka penggunjug blog aku nihkannn hehehe.Terima kasih yer sebab singgah blog aku nih walau baru jer hampir sebulan lahirnya.Lain kali sudi-sudikanlah jengah lagi teratak ku ini.(^,^)Yeay!


Nota: eMas bukan bererti jongkong berketul-ketul, Air bukan pula bermaksud sungai, laut,tasik, parit segalakkk..dan Fire bukan juga maksudku benda yang panas sampai melecur2 dibuatnya hehehe..daaa..fikir-fikirkan lahhhh..hihihi

No comments:

Followers