Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 30 October 2011

Siput Gondong



1 bungkusan yang Mr.hubby bawa balik rumah hasil daripada pemberian seseorang buat aku blur. Walau 3 hari dah berlalu,sampai ke hari nih aku masih tertanya-tanya siput apakah sebenarnya ini? Menurut Mr.hubbyku jika ikut bahasa tempatan siput ini dipanggil Siput Gondong yang diambil di sekitar sawah-sawah padi.Glurppp..macam siput babi pun ada jugak kwang..kwangg..kwangggg.. :-s
Walawehhhh..aku bukan hipokrit hokeyyyy...sebelum nih banyak juga telan siput2...segala siput sedut, kerang, lokan aku dah cuba tapi siput nih first time masuk dapur aku dan membuatkan aku bertambah pasti selama nih aku tak pernah tengok pula orang tua ku masak siput jenis nih :-s

Terkenang saat aku berhadapan dengan siput-siput nih haha..rasa lucu pun ada gak. Semalaman siput tu direndam dalam air,menurut Mr.hubby begitulah cara membuatnya dengan tujuan untuk membuang sisa-sisa yang tak patut katanya.Adehh..sisa apa plak tu? huwaaaaaaa.(*,*') Rasa kecik pulak duniaku time tu ekekeke...Seharian dah berlalu tapi still aku tak pegang pun siput2 tu.Aku buka jer penutup siput tu....Ya Allahhhhh!!..bau tanah tu pekat-pekat lak..hadeiii..part nih la aku buat macam aku tarer lak walau pun aku tak tahu  apa-apa hahaha..Entah idea sapa pulak yang aku ambik tetiba tangan gatal semacam nak bubuh garam,tanpa fikir panjang aku bubuh garam sebanyak mungkin then aku tutup balik..hahaha..wat bodo lak kuar dapur pastu haha..pangsan aku haha.Aku bukan sabotaj hokeyyy..aku nak try buat siput2 tu keluarkan semua sisa-sisa yang ada..ngeeee...entahlah logik ke tak,aku pun tak tahu..bantai jer laaa

Choyyy..choyyy..choyyy..watak aku tak habis takat tu wehh..walaupun dah buat macam tu aku still tak puas hati.Jantung aku tetap dup dap memanjang sampai aku takleh tahan dah terus capai handphone lantas mms mak aku yang kebetulan berada di Miri jaga anak-anak buah aku seminggu.Jiwa kacau lak dibuatnya huwaaaa... sepanjang hari aku bersms dan bermms ngan mak aku gara-gara siput nih.Aku tanya semua soklan..Siput apakah ini? Pernah makan siput nih? Macam mana nak buat siput nih?Ada pantang apa-apa tak makan siput nih????...OMG!!! aku rasa macam nak melompat-lompat lak dengar jawapan mak aku.Hiyakkkk...yang lagi buat aku meremang bila dia cakap "Haaa..tu la siput dalam parit depan rumah kita"..adehhhh...Tersentap sesaat dua hahaha..Aku terimagine parit depan rumah mak and bapak aku kat kampung pun dah rasa loya semacam haha..gila ahhhh!!

Gara-gara ayat mak aku maka aku pun boikot dan tak mahu sentuh siput2 nih hehee..Tapi Mr.Hubby aku nih baik hati jugak,dia tahu aku nih bukan biasa dengan siput2 tu so dia turun padang kerjakan siput tu sorang-sorang dalam dapur siap dia keluarkan dari kulit keras.Aku tanya kenapa buang kulit biasanya orang masak sekali dengan kulit..dengan selamba dia jawab kalau tak buang takut nanti bila masak,air dia keruh tanah jer.Cehhh korang ingat aku lagi nak buat kalau Mr.Hubby sendiri dah cakap macam tu ? Dia kerjakan sampai jadi bersih macam gambar bawah nih haaa :-D


Apsss..perjungan Mr.Hubby aku tak berakhir disitu,dia teruskan usaha dengan menggoreng sendiri siput-siput nih.Aku memang lepas tangan dah sebab aku memang takda perasaan dah nak buat hehe.Petang tu Mr.Hubby aku buat masak kicap,wahhh siap dia puji sendiri lak cakap sedap.Aku?..adehhh..aku tak rasa pun camne masakkan tu, seram aku nak menelan walaupun aroma dia dah macam masakan chef2 kat restoran.Aku masih tak boleh nak mencuba walau cuma 1 hehehe Jadi aku memang totally tak tau rasa siput tu macam mana or bagaimana?.Petang tu mak aku sms lagi siap suruh aku try..hahaha..Sorrylah..tekak aku nih tak berapa nak boleh menerima so aku biarkan Mr.Hubby habiskan sorang-sorang haha..Lihatlah betapa sedapnya masakan dia tapi aku masih bertekad takkan mencuba.Mungkin part tu aku rugi tapi aku takut lak aku nyesal lepas makan siput tu hahaha..Yeay!


Nota: Terlalu banyak nonton Fear Factor agaknya sebab tu banyak benda yang aku tak berani nak cuba hehe..


No comments:

Followers