Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 10 November 2011

Bahasa Sms Yang Dramatis

Kelakar lak bila aku baca balik sms yang dihantar oleh kengkawan aku nih,macam-macam bahasa sms yang aku jumpa.Rasa lucu,suspen,pening,excited semua ada bila dapat sms macam nih. Ada waktunya sms2 macam nih buat aku tersenyum sendiri.Baru aku perasan,rupanya dalam bersms nih..kita banyak mempelajari benda baru yang kekadang mengajar kita untuk memahami seseorang ngeeee..Sekadar untuk hiburan dipagi khamis nih,meh kita kupas sama-sama bahasa sms yang pernah buat aku muntah darah sebelum2 nih.Drama...drama..dramaaa....Layannnn... :-D

Image Source: Google search


"dOk wAt pEw? tDoW kEw?"<-- Sms nih mengelirukan aku pada mulanya,ingatkan diaorang salah ejaan tapi rupanya2 memang musim guna huruf besar yang diselang selikan dengan huruf kecil.Yang aku nampak,sms macam nih lebih menggunakan dua perkataan iaitu "eW" dan "aw" .Tanda-tanda petir nak datang.."apeww tueee?? apeww tuueee?? haha..Bila aku dah tarer cikit,aku dah leh jawab camnih
  "FeWwWw..aKu pUn xTaw Nk jWb pEw :-D"

"AkaQ, aQ rasa peliQ" <--Aku rasa ini adalah salah satu pengaruh terbesar lagu pop Indonesia suatu masa dulu  iaitu bertajuk 'You say akQ" yang pernah dinyanyikan oleh Cinta Laura.Pastu lagu tu meletopppp..semua pakat guna huruf "Q" untuk gantikan "U" dan "K" haha...tempiasnya masih aku nampak sampai sekarang nih walaupun dah bertahun berlalu hehe..Bila aku dah terer cikit, aku dah leh jawab camnih 
"Ada aQ Qesahhh!.. :-D". 

"Har! n!e x g! mana2?"<--nih kene tergolek terguling2 baru dapat baca sms nih.Pendek kata semua huruf "i" jadi merana macam nih "!".Biji mata kene terbalik ke atas ke bawah baru clear.Korang jangan main2 dengan orang yang suka guna ayat macam nih..dia menekankan penggunaan huruf "i"..mesti orangnya sentiasa nak dilihat.Contohnya dia nak cakap camnih "! mahu !tu..! mahu !n!..semua ! nak!"..pening tak korang baca? haha..bukan masalah hp korang tapi keypad pengirim sms tu terbalik huruf "i" agaknya haha..Bila aku dah tarer cikit,aku dah leh jawab camnih
  "Ha!,x g! mana2..g! t!do je.. :-D"

"Pt nyQ x?" <-- ayat ringkas tapi susah aku nak faham.Andai aku buat andaian sendiri tapi masih tak cun dengan msg yang ingin disampaikan.Korang selak mana pun korang susah nak jumpa persamaan huruf dan ayat nih haha..Disebabkan sms yang nih,sampai tahap aku menebal muka tanya kat kawan aku yang pakar ayat sms gile2 macam nih semata-mata untuk bertanya apakah maksud ayat nih.Rupanya dia cuma nak cakap "dapat tanya tak" wakaka..ala-ala manja gitu,seram bulu tengkuk aku dibuatnya hahaha..Bila aku dah tarer cikit,aku pun dah leh jawab camnih 
"Pt la,pa lQ x pt... :-D"

"ko chat?lame tak nampak,gi mane?"<-- sms jenis nih biasa sangat kita lihat,mudah dibaca dan difahami.Perkataan yang digunakan juga banyak mempengaruhi aku dalam sms2 dan juga blog kerana aku rasa perkataan yang digunakan adalah sebiji dengan apa yang ingin kita katakan.Yang nih aku memang tarer tahap gabannn,hari-hari aku guna..riak japp haha..perlu aku jawab macam yang lain gak ke? Ye laa..kene adil kann so aku jawab.Bila aku dah tarer banyak,aku pun mula jawab mcm nih 
"Aku chat mcm biase jer,ko camne Aku takde gi mane2,dok bertapa tmpt biase ar "

Bahasa sms yang lain aku belum nampak lagi masuk hp aku,cuma takat nih jer yang pernah aku lalui.Mungkin kengkawan yang baca blog nih pun pun pernah mengalaminya sendiri kannnn...?? Tapi bagi aku cukuplah penggunaannya hanya didalam sms,email2 persendirian,blog2 yang santai2 atau nota2 yang tak diketegori dalam perkataan formal.Jangan lak bahasa sms nih dibawa sampai ke meja kerja kerajaan dan swasta atau dewan2 peperiksaan kang lingkup lak ujian bahasa tu..hehe.Dalam kita bergurau dan berhibur,apa yang penting kita tak lupa akan bahasa jiwa bangsa kita hehehe..Utamakan Bahasa Malaysia! Yeay!

No comments:

Followers