Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha Buat Semua.

Aku nampak kaum keluarga,sanak saudara dan anak-anak muda yang berhijrah mencari rezeki di bandar sudah mula kelihatan melepak di ceruk-ceruk kampung.Nampaknya jalan-jalan yang biasanya sepi sekarang dipenuhi kereta2 cantik dan motor2 yang leh tahan rupanya.Alhamdulillah semuanya masih ingat kampung halaman bila tibanya raya begini. Sekurang-kurangnya orang tua yang menunggu dikampung pun terubat rindu bila lihat wajah anak-anak,cucu-cucu dan cicit-cicit semua pulang dan berkumpul bersama.Yelah kata orang..Kalau tak dapat balik selalu,dapat balik Hari Raya pun dah cukup bagus.Kalau tak dapat balik setiap tahun,balik 2 tahun sekali pun dah cukup memadai untuk mereka yang sudah mempunyai keluarga sendiri.Sementara kita masih ada orang tua untuk dijenguk,inilah masanya untuk kita bersua dengan mereka.Esok-esok kita boleh kenang..jangan sampai menyesal lakkk..apa-apa pun sentiasa hati-hati dijalan raya..ngeeee...

Dua hari nih aku dah mula lihat macam-macam karenah bila menjelmanya Raya.Ada yang tukar fesyen rambut,gaya berpakaian,ada yang nampak perubahan fizikal dan tak kurang juga yang siap tayang pasangan masing-masing.Seronok jer aku tengok dari jauh hehehe..Alaa..apa salahnya sekali sekala bergaya,bukan selalu pun.Kita pun pernah melalui zaman begitu jadi takyah la kita nak buat isu pulak.Choyyyy!! buat semak kepala je memikir hal yang tak sepatutnya.Bagi aku asalkan tak menjolok biji mata dah kira ok hehehe..Apa yang utama ialah tanggungjawab kita dihari raya begini jangan dilupa.Selamat kambali ke kampung halaman anda masing-masing yeeee...



Hmm..Seluruh umat Islam menantikan saat-saat ini dan alhamdulillah akhirnya kita dah sampai ke penghujung segala raya  untuk tahun 2011.Pendek kata semua raya kita sambut esok hari iaitu Hari Raya Aidiladha,Raya Korban dan Hari Raya Haji.Syukur ke hadrat ilahi diatas sekali lagi kesempatan yang diberi kepada kita sebagai hambanya.Dan sempena hari Raya ini, aku serta keluarga tak lupa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat kaum keluarga,sanak saudara,sahabat handai,blogger2,follower2,pembaca yang setia dan semua umat Islam didunia ini.Semoga raya kali ini akan menjadi lebih bermakna dan diberkati.Bagi yang bukan beragama Islam,selamat bercuti untuk anda semua.Kata-kata akhir aku hari ini
 "Yahooo..Esok rayaaaaaa..Yeay!!"  

Nota: Adeii..camne la nasih lembu2, kerbau2 dan kambeng2 sedunia esok hari yerrr.. :-s

No comments:

Followers