Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 17 November 2011

Kata Kekunci Pasta

Alhamdullilah akhirnya kami selamat sampai ke tempat sendiri dan aku tetap berasa syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun kekadang cuaca kurang mengizinkan.Percutian singkat yang berakhir malam semalam sememangnya memberi impak kepada seluruh badan aku hari ini.Hadoiii laa..penatnya tak terkata,rasa pedih isi badan dan tulang-temulangku dibuatnya.Sakit woooo satu badan aku leh rasa,getar sana sini macam alien jer..tak pijak bumi haha.. tapi aku happy!!!ngeeee...
Ahh..Hari nih aku malas nak cerita panjang soal trip dah sebabnya aku dah banyak hari cerita pasal benda sama..asyik  trip..trip dan trippp..lama-lama aku sendiri pun jadi boring asyik sebut perkara yang sama hehehe...Hmm..let see apa yang menarik untuk aku sebut hari nih yeee...Malam nih aku rasa lebih rilex cikit jadi terpanggil untuk aku melihat secara detail akan analitik dan statistik blog nih.Adakah ada penurunan ataupun peningkatan?Aku pun tak pasti..taknak sebut laaa..maluuuu hehe..

Nampaknya aku perhatikan kebelakangan nih kebanyakkan penggunjung ke blog aku mencari kata kekunci yang sama.Semua pakat cari benda yang sama atau ape ek? Aku ingatkan, takde la orang sangat nak view entry aku yang berkaitan dengan drama korea Pasta tu arr,tapi lain lak dari penelitian aku selama cerita ini disiarkan di TV2 selama  2,3 minggu nih.Agaknya demam korea nih dah mula balik kut sebabnya aku leh nampak peningkatan pembaca ke blog aku semata-mata nak tengok gambar pelakon utama drama Pasta tu..huhu..Tak caya? cuba tengok kata kekunci yang dicari oleh pembaca aku selama seminggu ni jer..tu belum campur minggu-minggu sebelumnya.hehehe...

 
Macam-macam kata kekunci yang diaorang guna tapi semua berkaitan dengan Drama Pasta jer.Apa yang ingin sangat dicari ialah gambar pelakon utama drama Pasta nih huhu .Dipendekkan cerita kata kekunci yang ngetop untuk blog aku ialah Gambar pelakon drama Pasta dan disebabkan drama Pasta nih jer,analitik aku sentiasa turun naik..kejap macam pisang panas,kejap macam jual Pasta pulakkk..."Yey chef!" haha..Happylah jugakkkkk..Yeay!!
 
Nota: Aku terlepas 2 episod akhir drama Pasta tu disebabkan aku busy meyopping time trip kitaorang  huwaaaaa..nape aku leh lupa,lak padahal aku setia sungguh kat drama nih, kalau la aku ingat waktu tu,dah tentu2 aku lari balik hotel sebelum jam 5.00pm.Aku berharap sangat nak tengok ending cerita Pasta nih tapi apa nak buat aku terlepas dahhhh...Dalam hati siap mengharapkan dan berdoa agar TV2 akan menyiarkan semula drama Pasta nih supaya kali ini aku tak terlepas apa-apa episod untuk drama nih haha..erkk...boleh ke camtu?..Adeiii...tolonggg laaa kembalikannnnn Pasta kuuuuu... haha..





No comments:

Followers