Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 20 November 2011

Drama Cinderella's Stepsister Di TV2

Pagi nih aku tercari-cari sinopsis dan gambar pelakon2 siri drama baru yang menggantikan drama Pasta tempohari.Bila  dah jumpa aku pun tertanya-tanya apa bezanya drama Cinderella's Stepsister nih dengan drama2 korea yang pernah aku tonton sebelum nih.Teringin gak nak tahu apa kelebihan drama nih sebabnya bila aku menonton episod pertama drama nih rasa macam tak begitu memukau aku lak hehe. Mungkin aku dah terbiasa dengan jalan citer drama korea yang penuh dengan bunga-bunga berguguran kut hahaha.Terfikir gak kenapa diaorang pilih tajuk Cinderella's Stepsister pula ek? haha Masa aku tengok iklan citer nih,aku terimagine mesti citer nih cam citer dongeng2 Cinderella ngan kasut tumit dia yang buat-buat tertinggal kat tangga tu haha.

(Pelakon Utama Cinderella's Stepsister)
Image Source: Yahoo Search

Sorry ler ye kengkawan,kalau ayat aku nih melampau lak bila aku cakap "tak begitu memukau" tapi itu pandangan pertama aku lerr.Masing-masing ada pendapat sendiri dan bagi aku untuk episod yang pertama drama Cinderella's Stepsister nih aku rasa macam tengok filem aksi lak walaupun drama nih tak berapa nak ganas..errr..ganas ke camtu? hehe Ganas dalam keretapi jer aku tengok tapi siap ada pesta2 lak bebudak sekolah dalam keretapi tu.Kalau aku la yang dok dalam keretapi takdenye nak melompat sana sini,dok diam2 sudah buat muntah darah jer hahaha Drama nih intro pun dah macam dasyat jer kannnn tapi lum tahu lagi kesudahannya nanti hehe...

Walaupun disajikan dengan intro begitu aku tak la patah semangat,mungkin juga aku tak berapa berkenan dengan part permulaan drama tu tapi aku tak kejam hokeyyy!!...Dan aku masih tetap bercadang nak teruskan gak mengikuti drama Cinderella's Stepsister nih untuk hari kedua iaitu pada episod yang ke-2.Mujur laa episod ke-2 drama nih tak mematikan selera aku daripada trus down..down..down..Watak pelik budak sekolah mana tah yang buat aku rasa cam nak cekik dia jer..macam nak ketuk kepala dia pun ada..asyik nak berlari-lari anak je keje dier,jatuh tersungkur kang baru padan muke.Manja sokmooooo kuikuikui.Tu la salah satu faktor yang aku dah ada tanda-tanda mula rasa serasi ngan drama Cinderella's Stepsister..emo jer lebihhhhh!!!.. haha.

Hmm..drama Cinderella's Stepsister rupanya berasal dari Seoul,South Korea?? No wonder alunan percakapan pelakon2 nih kedengarannya berbeza sedikit daripada drama Korea yang pernah aku tonton sebelum nih.Macam ler aku tau sangat bezanya kannnnn wakakaka..Bagi yang dah biasa nonton drama2 korea nih dah tentu tau akan perbezaan gaya bahasa atau alunan percakapan yang diaorang gunakan.Ye laa walaupun aku tak faham apa diaorang cakap tapi telinga aku nih agak sensetif gak wehhh..ala-ala telinga kelawar gitu hahaha.Kalau yang biasa2 kita dengar bagi drama2 korea nih,cara percakapan agak kasar sedikit tapi bagi drama Cinderella's Stepsister nih kasarnya lebih beralun cikit macam ada irama lak tiap patah perkataan hehe.Alaa..Itu aku dengar laa..Tak tau la pendapat orang lain sebabnya aku cuma dengar je bukan paham pun dia orang cakap apa.Tu pun nasib baik ada subtitle Bahasa Melayu kat screen tv tu haaaa.Malas aku nak komen lebih2,aku cuma nak cakap aku dah suka drama nih so kalau nak join aku tengok citer nih,jangan lupa buka channel TV2 jam 5pm ye.Drama nih cuma disiarkan sejam jer dari hari Isnin hingga Jumaat.Sama-samalah kita menjadi Cinderella time tu hokeyy!!...Yeay!!

Nota: Setakat nih takde pun aku dengar watak dalam drama nih panggil ngan nama Cinderella ekekeke..Sibuk jer nak suruh orang panggil camtu kannnn haha..

No comments:

Followers