Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 20 November 2011

Romantik Komedi dalam "Aku Bukan Tomboy"

Salah satu babak dalam Filem Aku Bukan Tomboy

 Huh??Aku bukan Tomboy??.uishh...mesti kene tengok nih!!! Tajuk filem direct to the point jer bunyi ekekek.Macam best jer Filem "Aku Bukan Tomboy" nih kannn..Tengok Melodi kat TV3 kejap tadi dok promot filem baru arahan Syamsul Yusof bertajuk "Aku Bukan Tomboy" buat aku teruja lak nak tengok kisah filem nih.Tol ke filem nih berunsur romantik komedi?..Toinnggg..toinggg..toinggg...Jarang aku dengar Pengarah
Muda nih buat filem berunsur komedi,yang paling kerap pun orang canang dia buat filem aksi2 camtu hehe

Sempat gak aku tengok trailer 2,3 saat kejap tadi..ye laa..pengaruh kuat maaaaa..sape tak terpengaruhhhh ye takkk.. :-p.Baru tengok trailer dah nampak cam lawak jer.Lum tengok sepenuhnya filem nih hehe..Harapnya filem nih sesuai untuk semua lapisan masyarakat.Kalau filem nih dapat diterima dan ditayangkan dengan memaparkan trailer2 yang menarik,aku pasti akan mencecah kutipan jutaan ringgit gak..tak mustahil..Rezeki masing2 siapa yang tahu hehe..

 Aksi Syamsul dan Scha

Filem "Aku Bukan Tomboy" yang dibarisi oleh pelakon2 seperti Scha Alyahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sheera Iskandar dan Harun Salim Bachik sememangnya menjadi daya penarik filem nih.Alaaa..Tengok nama pelakon pun dah tahu betapa kuatnya pengaruh filem nih kannn hehe..Aku kira pemilihan pelakon2 utama untuk filem nih iaitu Scha Al-yahya,Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof tu sendiri sememangnya menjadi kekuatan dalam Aku bukan Tomboy. Mesti gempak filem nih ekk..hehe.Aku pun setuju pemilihan Scha untuk filem nih kerana kita pun tahu dia adalah antara calon artis wanita Malaysia yang paling brutal dan sememangnya sesuai untuk memegang watak2 kasar camtu hehe.Ini satu pujian tau,jangan lak salah anggap,aku sebagai penonton drama-drama dan filem2 nih pun kagum dengan tahap pencapaian dia selama nih.

Oklahhh..aku tak nak komen apa-apa,just buat entry sebabnya aku rasa filem nih memang menarik untuk dikongsi bersama.Insyaallah ada masa,aku pun tak nak ketinggalan untuk menonton  filem Romantik komedi
"Aku Bukan Tomboy" nih gakkk ekekeke..Yeay!!..

Nota: .Choyyy..choyyyy..choyyyy....tak sabooo rasanyeeee nak nonton filem nih.....musim cuti sekolah nih sesuai sangat untuk menapak kat pawagam jadi tapak sulaimannnnn hahaha....





No comments:

Followers