Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 18 November 2011

Ulangtahun Perkahwinan Ke-11

Baru sejam tengok siaran langsung separuh akhir Muzik-muzik kat TV3 dah buat aku masuk bilik.Biasanya akulah orang yang paling teruja menonton benda-benda macam nih tapi nampaknya persembahan malam nih belum cukup hebat untuk memukau aku..hehe..Malas aku nak komen banyak-banyak biar juri yang tentukan sendiri artis mana yang layak untuk masuk ke peringkat akhir.Kita yang dok menonton nih jangan la nak berlagak pandai lak kalau taktau apa-apa..baik diam jer macam aku haha..

Wahh..aku dok menapak depan laptop nih baru perasan tarikh hari nih 18 November 2011.Rasa berbunga lak jiwa dibuatnya walaupun sekejap tadi aku rasa macam nak hempok tv bapa aku tu pas tengok Muzik-muzik baru tadi hehe uisshh..aku gurau jer laa..kalau aku hempok tv tu, kang aku yang kene hempok balik pagi esok haha...Hmm..berbalik kepada tarikh hari ini..aku nak cerita sikit betapa Specialnya hari nih buat aku.Nostalgia..sejarah...semua ada..hari ini buat aku terkenangkan sesuatu.Aku bangga nak bagitau kat korang yang tarikh nih sememangnya aku dan Mr.Hubby sentiasa akan selalu sambut bersama.Tapi tahun nih sambut masing2 lah nampak gayanya sebabnya musim cuti sekolah aku dan Puteriku balik ke kampung halaman sendiri jap..temankan mak dan ayah aku dikampung hehe...Alahaiii..Ingat ke tak Mr.Hubby
nih,sehari nih takde langsung pun call aku or wish2 nih ..takkan dia lupa kut ker buat2 lupa nih haha...Tapi aku dah boleh agak,dia memang cepat lupa soal benda-benda macam nih huhu Biar jer laaa..lagipun kami dah sambut time kat KL 2,3 hari lepas jadi hari ini aku cuma menginggati tarikh ulangtahun yang sebenar je.Tak jadi masalah kalau Mr.Hubby lupa sebabnya kami dah awal-awal sambut ulangtahun perkahwinan kami nih..Jadual tak tentu kene pandai rancang hehe...

Image source: Yahoo search

Alhamdulillah tahun nih genap 11 tahun aku bersama Mr.Hubby....Lama tak?? hehe..bagi aku itu suatu tempoh yang agak lama tapi kata orang pejam celik pejam celik tak terasa pula masa berlalu.Syukur kepada Allah diatas perjalanan hidup kami sebagai suami isteri sentiasa dilindungi dan diberkati selalu.Aku percaya dalam hidup nih kita sering dihujani pelbagai rintangan dan ujian2 yang tak pernah berhenti menghampiri hidup kita dan begitu juga dengan pengalaman hidup kami.Tapi alhamdulillah berkat doa2 ayah,ibu,adik-beradik,keluarga dan kawan-kawan semua untuk kami sekeluarga maka kami masih bertahan sampai ke hari ini  tanpa sebarang masalah.Dan apa yang lebih menggembirakan hidup kami bilamana kami diserikan dengan kehadiran puteri kesayangan yang comel sebagai penggubat duka lara serta memberi peluang untuk manjadikan kan diri kami bergelar seorang ayah dan ibu kepada seseorang huhu...Terharu jap bila aku terkenangkan saa-saat yang aku kira bukan mudah dan bukan semua akan ditempuhi oleh pasangan suami isteri.Apa-apa pun jauh disuduh hati,aku sentiasa bersyukur dan menghargai semua yang pernah hadir didalam hidupku kerana mereka semua mengajar aku untuk menjadi lebih tabah.

Kepada semua yang membaca entry ini,doa2kan lah agar kami sentiasa bahagia hingga ke anak cucu dan paling tidak pun kata orang sampai hujung nyawa yer..ekekeke gelak sat sebabnya aku sendiri pun tersenyum lepas cakap macam tu kat korang..Mudah-mudahan akan jadi begitulah akhirnya,Allah sentiasa akan mendengar doa yang baik tol takkk?? hehe....Buat Mr.Hubby yang tersayang dan tercintaaa chewahh ekekek..
"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-11 YE,TAHUN NIH TAKDE HADIAH KE? kuikuikui"...Dah 11 tahunnnnnn...Yeay!!!..

Image source: Yahoo search
 
Nota: Ulang tahun ini menyedarkan aku bahawa semakin lama semakin tua ekekeke.bayangkan kalau dah bongkok seribu masih berblog lagi hahaha..siottt jer...

No comments:

Followers