Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 5 November 2011

Malaysia Sasar 45 Pingat Emas Di Sukan SEA 2011

Sumber Gambar: Google search

Yesss!! SUKAN SEA kembali lagi.Saat ditunggu telah pun tiba,aku pulak yang excited hehe.Sebenarnya aku nih bukanlah peminat fanatik sukan2 nih tapi bila ianya berkaitan dengan pertandingan sukan mewakili negara kita,aku jadi sedikit teruja.Dua tiga hari nih asyik belek akhbar bahagian sukan jer,nak tau juga perkembangan terkini atlet2 negara kita.Sudahkah mereka bersedia untuk menempuhi cabaran dan mengharumkan nama Malaysia?Huishhh..harap-harap pasukan kita semuanya bersedia dan bersemangat belaka!

Hmm..nampaknya Sukan SEA cuma tinggal seminggu je lagi.Kali nih tuan rumah Sukan SEA ke-26 ialah jiran kita sendiri iaitu Indonesia dimana atlet2 kita akan berkampung di Palembang dan Jakarta.Dan semua pun tahu Sukan SEA ini akan bermula pada 11 November 2011 dan berakhir 22 Novermber 2011.Hadoii..apa pulak tak tahu,hampir tiap hari kita dengar dah karang nih..dalam tv,radio,news,internet...woweeee...satu dunia tahu SUKAN SEA akan berlangsung tak lama lagi hehe.Masing-masing dah buat sasaran sendiri begitu juga Malaysia.

Sasaran Malaysia dalam Sukan SEA ke-26 untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 45 pingat emas adakah akan menjadi realiti?Mungkinkah impian Malaysia akan menjadi kenyataan?.Rasanya sasaran kita tu tak terlalu tinggi,aku kira paras selamat.Lagipun kerajaan kita lebih arif akan prestasi dan kekuatan pasukan negara kita.Mungkin juga antara faktornya ialah kali ini kita tidak menghantar pasukan terkuat untuk acara-acara sukan tertentu yang kita yakin sendiri pasti membawa pulang sekurang-kurangnya pingat.Satu kerugian untuk negara kita tapi tak apalah,dengan menurunkan pelapis2 juga sudah cukup bagus.Kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia kepada jurulatih2 negara untuk membimbing serta melatih atlet2 muda dan kesungguhan atlet2 itu sendiri untuk berjuang habis-habisan juga adalah tinggi.Siapa tahu berkat usaha mereka selama ini, berlatih siang malam akan memberi berita gembira kepada rakyat Malaysia di Sukan SEA ke-26 nih nanti.Kita tunggu je lah saat2 itu ye.Yakinlah Malaysia Boleh!!! Yeay!

Nota: Terkenang saat Sukan SEA yang lepas-lepas,satu keluarga menapak dan menjadi penyokong setiap depan tv kuikuikui.Ia bukan sekadar sukan tapi sebenarnya lebih kepada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga.Nampaknya detik itu akan berulang sekali lagi.Tak sabar pun ada juga nih.Kita kena sokong kontinjen kita hokeyyy!!..ngeee...

No comments:

Followers