Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 11 November 2011

Trip Bermula

Jumaat yang damaiiii hehe..cuaca cerah pagi nih,matahari pun dah memancar-mancar dari ufuk mega ekekeke.Seawal ini aku dah rasa nak menapak depan laptop kesayanganku ini maklumlah tugasanku semua dah siap sebelum subuh,hebat tak aku??.. winkkk..wink...wink... hahaha. (^,^). 

Hmm..malam tadi aku tidur agak lewat gara-gara puteriku pun tidur lewat gakkk ngeeee.Dak nih kalau tidur siang je, malam ngalahkan burung hantu..tempiasnya terkene kat Mama dia pula huwaaaa Tapi walaupun malam tadi tidurku terasa amat singkat,mimpiku langsung kosong tetapi aku tetap bersemangat pagi nih..Sebelum alarm berbunyi aku dah terjaga,kerrrr.. aku yang jadi alarm pagi nih? :-s...Segarnya badan aku tak terkata..takde dah rasa reput Osteoporosis macam biasa tu arr hehehe.Semangat yang hilang terasa kembali (<--pinjam tajuk lagu sapa tah tu :-O).Dan yang aku lagi banggakan rasa nak sebut gak,aku tak ngantuk punnn...maintain blink blink bijik mataku pagi nih...ecehhh...eksen jap haha..

Semangat aku berkepuk-kepuk datang nih bukan sebab aku dah fikirkan menu nak masak apa untuk hari nih tapi puncanya ialah hari nih adalah hari dimana Mr.Hubby,puteriku dan aku sendiri akan menghadapi perjalanan yang agak jauh.Pendek kata, balik puteriku dari sekolah jam 1130am je nanti, kami akan terus berangkat  dari tempat tinggal kami  disini menuju ke kampung halaman aku sebelum direct ke bandar Sibu(<--kene singgah kampung aku jap sebabnya perkhidmatan adik lelaki aku sangat di perlukan untuk menghantar kami ke Airport mlm nanti disamping aku mengarahkan dia menjaga kereta cabuk aku huwaaa..) Dan perjalanan yang panjang akan berakhir di Ibu Kota Kuala Lumpur yang aku agak-agak kami cuma akan sampai di Hotel penginapan hampir jam 12mlm hehehe.Haduii..cian anak aku tapi nak buat macam mana, sebab ni la cara trip yang tak nak membuang masa sangat,semuanya nak selesai dalam satu hari jadi esok leh gi shopping terussssss..Yahoo..trip kami bermula hari ini!!...(^,^)..

(Image Source: Yahoo search)

Takpe laaa perjalanan macam nih tak terasa sangat,pejam celik pejam celikkk..sampai lah tu nanti.Nama pun dah trip..kalau tak patah pinggang dibuatnya,bukan la trip sangat namanye tu hehe..Apa yang penting kami selamat sampai dan kembali  semula minggu hadapan.Doa-doakanlah perjalanan kami akan lancar sepanjang hari ini ye kengkawan semua maklumlah hari nih lebih banyak guna jalan darat dari udara.Jadi harap2 tidak mengalami sebarang masalah sepanjang perjalanan kami nanti...winkk..winkk..winkk.. :-p.Dan yang paling utama  dan aku nak sebut sangat ialah kami tiga beranak akan enjoy bersama dan happy sakannnn!!!!!..Happy Momenttt bak kata puteriku selalu hehehe...Yeayyyy!!..


Nota: Rasanya blog nih akan terbengkalai sehari dua tak disebabkan trip nih? Kalau larat aku update lah yerr hehehe...Wek! :-p

No comments:

Followers