Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 2 November 2011

Ujian Prasekolah

Petang nih aku semak semula jadual ujian penggal terakhir persekolahan puteri aku.Emm...nampaknya esok merupakan hari terakhir dia menduduki ujian dalam kelasnya.Sudah tiba masanya untuk menguji tahap kefahaman dalam semua subjek pembelajaran mereka selama setahun nih.Semuanya akan terbukit bila keluar je keputusan ujian 2,3 hari nanti.

Saja publish jadual kat sini,sebagai kenangan haha..

Seperti ibu-ibu yang lain,aku tak terlepas daripada perasaan gementar.Rasa seram sejuk tu masih belum hilang dari mula anakku menduduki ujian sampai la ke saat ini.Tengahari tadi sewaktu aku menggambil puteriku pulang dari sekolah,telinga aku tak lepas daripada mendengar kaum ibu mengeluh kerna bimbangkan anak masing-masing.Hadeiii...apatah lagi aku yang baru merasa berhadapan dengan situasi begini hehe...Kebelakangan nih,aku dan Mr.Hubby lebih banyak menghabiskan masa dengan membuat kertas latihan sendiri sambil  mengulangkaji sedikit matapelajaran yang pernah diajar di sekolah. Jika dulu masa bermainnya lebih panjang tapi 2 minggu sebelum ujian semua aktiviti bermainnya dipendekkan daripada biasa.

Huishhh!!..aku pulak yang pening kepala dibuatnya haha...Siapa tak pening kalau hari-hari memikirkan anak kita nak exam.Dia nih faham ke tak apa yang cikgu dia ajar kat sekolah.Choyyy!!...Walaupun anak aku cuma duduki ujian Prasekolah tapi bimbang tu tetap ada hokeyyyy!!..Bagi ibu bapa yang mempunyai anak Pra sekolah,bukan keputusan yang menjadi ukuran semata-mata tapi pada pandangan aku laaa.. ibu bapa sudah cukup lega sekiranya anak-anak tahu membezakan huruf,angka,bentuk,warna dan sebagainya .Nahhh...itu sudah cukup bagus sebagai permulaan tapi sekiranya setahun berguru tapi satu benda pun tak kenal..hadeiii tu ketegori sadisss dah tu...kwang..kwang..kwangg...Biasalah, untuk ujian akhir nih la penting bagi aku sebab aku nak pastikan takat mana prestasi sebenar puteriku dalam kelas.Biar kita nampak sendiri apa kelebihan dan kelemahan dia jadi tahun-tahun yang akan datang boleh la kita perbetulkan huhu..

Agaknya beginilah perasaan ibu bapa kita dulu ek, setiap kali bila dengar kita nak duduki ujian penggal apatah lagi ujian besar-besar seperti UPSR, PMR dan SPM tiba.Yang masuk Universiti tu lagilah dasyat tamparan dan debarannya pada mak ayah kita.Yelah..ibu bapa mana tak nak lihat anak berjaya? hehe..Padan pun time kecik2 dulu bila exam tiba jer,mak bapa aku tutup segala channel tv kat umah dari aku mula balik sekolah sampai ke malam,sanggup tak nonton tv gak tu..dengar radio jer hehe..Sound direct takyah cakap memang power2 belaka..leh kecut perut seminggu dibuatnya wehhh haha.Tapi apa-apa pun,alhamdullilah kerna mereka juga aku boleh menaip blog nih kannn..kalau mereka dan cikgu2 ku tak tegas time dulu2 agaknya sampai sekarang aku jadi buta huruf kut ngeee...Syukorrrlah nakkk!!! Yeay!

Sumber: Google Search

Nota: Dalam banyak-banyak subjek,aku dan Mr.Hubby cuma risaukan ujian Bahasa Cina jer sebab kami memang taktau satu benda pun subjek nih.Tugas nih kita orang serahkan bulat-bulat kepada puteri kami nak jawab macam mana jer nanti..bantai jerlah labuuuu ...ekekeke..

No comments:

Followers