Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 8 November 2011

Lagu Gemuruh Suara - Tema TM

Pertama kali dengar lagu Gemuruh Suara dalam televisyen dah buat aku jatuh cinta...Aku suka sangat-sangattt!!!..Aku betul-betul rasa teruja lepas dengar lagu nih.Lagu yang berentak agak rancak tapi diselitkan dengan lirik yang sungguh menyentuh hati dengan maksud yang sangat mendalam.Terima kasih gak kat celebrities yang menyanyikan lagu nih..kerjasama dan kombinasi korang memang hebat!! Semangat semacam lak dibuatnya..semangat Patriotik aku datang hokeyyy!!..Tambah-tambah negara kita akan berhadapan dengan Sukan sea ke-26 beberapa hari lagi.Yakinlah Malaysia Boleh!..

Aku teringin nak cari sangat lagu nih dan bila dah jumpa lagu Gemuruh Suara,aku masih rasa tak puas hati pula sebab tak dapat menyanyikan lagu ini sama-sama.Perasaan aku rasa macam tertinggal bas lah pulak..Aku nak nyanyi gak oiii..tapi tak ada lirik pulakkkk huhu..Fikir punya fikir,kalau aku pun teringin nak menyanyikan lagu ini,apatah lagi berjuta penduduk Malaysia yang ada.Jadi apalah salah aku bubuh lirik kat skrin clip video tu tanda sokongan aku untuk lagu nih dan Pasukan kita.Yelaaa..Mungkin ada yang teringin nak nyanyi gak tapi tak sempat macam aku gak kut,lagipun tak semua daripada kita yang boleh hafal lagu dalam seminit dua jer lepas dengar hehehe...

Jadi disebabkan lagu Gemuruh Suara nih,malam tadi aku sanggup dan bertekad nak letak lirik kat video clip asal lagu Gemuruh Suara nih dan bila dah siap aku akan letak kat Youtube pula.Biar kita dapat nyanyikan lagu nih sama-sama.Baru besttt!!..baru semakin membara semangat nih...Ala-ala karaoke ye takk...ekekeke...Tapi maaflah jika hasilnya tak berapa elok,maklumlah aku pun dah cuba banyak kali buat selicin yang mungkin tapi takat tu je result yang ok bila aku dah publish.Clip2 sebelum tu aku terpaksa delete sebab tersekat sana sini. Korang tak puas hati,aku lagilah tak puas hati hehehe..ape nak buat server aku tak berapa lancar hari nih,pasrah jer laa...2,3 kali gak aku mencuba huhu...Kata-kata akhir aku ,kita menyokong dengan pelbagai cara dan antara caranya juga ialah kita memerlukan sorakkan "Gemuruh Suara" untuk Team Malaysia! 

Opss...Korang takyah susah2 cari kat Youtube ..aku siap letak sini gak untuk korang yer..enjoyyy!!! Yeay!!!..




Nota:  Owhh...dah genap sebulan aku berblog rupanya,tak pasan pulak huhu.Elehh..baru sebulan pun nak riuh haha.Emm...rasanya lagu ni pun sesuai utk digunakan di institusi2 pendidikan,jabatan2 kerajaan dan swasta yang ada sebagai lagu pembakar semangat dan motivasi dalam sukan2  dan  bla..bla..bla.. :-p

No comments:

Followers