Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 26 December 2011

Christmas Yang Merisaukan

Kebiasaannya kalau aku nak buat sesuatu entry untuk menggekalkan tarikh penting dalam sesuatu hari tu, aku akan update entry sebelum jam 12 malam supaya entry aku tidak jatuh pada hari selepasnya.Tapi nampaknya untuk 25 December 2011 iaitu satu tarikh penting gak bagi aku dah terlepas dan entry nih pula nampaknya telah jatuh pada 26 December 2011 huhu..Ni semua gara-gara keletihan dan kerisauan aku yang berganda dan seterusnya membawa aku untuk mematikan semua fikiran yang entah apa2...erkk..panjang berjela penerangan aku tapi sebenarnya maksud aku ialah aku menidurkan diri sejurus masuk ke kamar tidur ..No laptop hokeyyy...so blog pun senyap untuk 25 Dec huhu..adeiii nyosal tak update pun ada nih hahaha

Walaupun aku terlepas tapi itu tak bermakna aku harus melupakan segala words2 yang harus aku update untuk 25 haribulan...Takpe biar aku imbas kembali sejarah semalam ekekeke..Dipendekkan cerita,sambutan Christmas kali nih membuatkan aku tak menang tangan...Wajah2 yang tak pernah aku nampak sebelum ini tetiba semuanya berdiri depan mata.Dalam hati tertanya2 gak siapakah yang datang berkunjung ke rumah ayah dan mak aku nih maklum bukan semua yang aku kenal hehe.Kiranya Christmas kali nih membawa aku untuk berjejak kasih dengan cousin mazeeeeennn yang tak pernah aku kenali sebelum ini.Pehh...walaupun sebelah paginya agak sesak dengan jadual dapur ( biasalah mak aku still nak masak menu yang dasyat2 gak ngeee )dan melayan tetamu segalakkkkk tapi sebelah petangnya pula aku dan satu family berkesempatan berkunjung ke rumah pakcik2, makcik2 serta datuk aku huhu..Berjamlah juga bertandang kerumah mereka semua tapi aku tetap rasa seronok sebab berpeluang beramah mesra dengan mereka walaupun pada mulanya kami agak sibuk.

Dengan keadaan cuaca Christmas yang tak menentu kali ini,sekejap hujan sekejap berangin sehingga tetiba keadaan paras air naik mendadak..Hadeiiii...part yang paling aku malas nak fikir time Christmas macam nih ialah bila datangnya tanda2 banjir.Petang tu balik je dari rumah saudara mara, kepala aku jadi serabotttt pula..Keadaan depan rumah yang biasanya agak senyap dan lengang tetiba petang tu bertukar menjadi kelam kabut dan bising huhu Halamakkkk!! di tepi2 jalan dipenuhi dengan deretan kereta yang ingin mengelak banjir juga huhu..Kiranya kawasan rumah ayah dan mak aku lebih tinggi daripada orang lain tapi itu pun belum menjamin untuk bebas daripada banjir kerna dijangka air akan terus naik untuk hari2 yang akan datang juga.Siapa tak gelisah weiiii...kalau kita lihat orang lain dah risau,hati aku pun dah ada tanda2 risau gak arr.Kang kereta orang lain selamat..kereta aku lak yang tenggelam depan rumah huwaaaa..Maklum keta kecil jer so resiko pun tinggi gak huhu..So aku ingat plan aku akan bertukar untuk esok hari;Christmas yang merisaukan tapi untuk langkah berjaga2 dan menghilangkan rasa sesak didada aku 2,3 hari yang akan datang maka aku buat plan megejut dengan Mr.Hubby demi keselamatan yang hakikiiiii wakakaka.Thumb-up untuk kebijaksanaan aku esok hari..(^,^)Yeay!

Ni baru setengah kereta yang park depan rumah ayah dan mak aku,tapi sebenarnya jarak antara kereta pada sebelah malam menjadi semakin rapat disebabkan lebih ramai yang ingin menyelamatkan kereta masing-masing.Air depan rumah dah mula masuk ke kawasan rumah dan malam  tu gak..rumput hijau depan rumah tenggelam dengan cepat,nasib baik la takde hujan..kalau tak...... ade gak kereta bawah rumah nih terpaksa park tengah2 jalan huhu..owhh..semuanya jadi sempittt huhu

No comments:

Followers