Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 9 December 2011

Lirik Lagu Ombak RIndu

Sebelum tidur aku layan lagu Ombak Rindu yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira.Akhirnya dapat gak aku dengar lagu tema citer Ombak Rindu nih.Wow!..first time dengar lagu Ombak Rindu, aku rasa leh tahan gak lirik lagu nih..cam kecewa tahap gaban je kannnn..alaa..orang cakap frust2 tu ar hehehe.Tapi walaupun ayat lagu nih cam sedih je tapi percayalah bahawa lagu ni tak cukup kuat untuk membuat aku menggalirkan airmata tengah2 gelap camnih kwang3x Agaknya malam nih aku tak berapa nak feeling kut,tak ada perasaan hahaha.. maklumlah malam nih cuaca berangin jadi aku takleh nak layan jiwa lebih2,aku kesejukkan wehhhh..camne nak feeling? :-s

Aku  dengar lagu ni cam pendek jer lirik dia,cuma bila terlalu banyak baris yang diulang..maka lagu nih pun jadi berjela2 hehehe..Tapi untuk pandangan pertama aku bila mendengar lagu nih, aku rasa "Not Bad" lah jugaaa sebab lirik lagu nih pun sesuai untuk Filem Ombak Rindu nih.Malas aku nak taip panjang2..semalam aku ada cakap nak cari lagu Ombak Rindu kan..jadi sebelum aku offline,meh la layan lirik lagu Ombak Rindu yang mendayu2 nih sama-sama.Yeay!


Ombak Rindu (Adira & Hafiz) OST Ombak Rindu (LIRIK)

Tuhan tolong lembutkan hati dia,
untuk terimaku seadanya,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Hidup tanpa dia disisi ku,

Tuhan aku tahu banyak dosaku,
Hanya ingat kamu kala dukaku,
Namun hanya kamu yang mampu membuka,
Pintu hatinya tuk cintaku,

Malam kau bawalah rinduku,
Untuk dirinya yang jauh dariku,
Agar dia tidak kesepian,
Selalu rasa ada cinta agung,

Hujan bawa airmataku
yang mengalir membasuh lukaku,
Agar dia tahu ku tersiksa,
Tanpa cinta dia di hatiku.

Tuhan tolong lembutkan hati dia,
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Hidup tanpa dia disisku,

Tuhan aku tahu banyak dosaku,
Hanya ingat kamu kala dukaku,
Namu hanya kamu yang membuka,
Pintu hatinya tuk cintaku,

Malam kau bawalah rinduku,
Untuk dirinya yang jauh dariku,
Agar dia tidak kesepian,
Selalu rasa ada cinta agung,

Hujan bawa airmataku,
Yang mengalir membasuh lukaku,
Agar dia tahu ku tersiksa,
Tanpa cinta dia di hatiku.

Hanya mampu berserah,
Moga cahaya tiba nanti..

No comments:

Followers