Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 5 December 2011

Sambut Birthday Ayah and Dina

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO DINA AND.....,
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU...."

Huhu..nyanyian malu2 kucing adik-beradik dan anak saudara bergema dalam rumah sekitar jam 9pm semalam,bulu roma aku pun terasa berdiri bila nak capture gambar.Dah lama tak nyanyi2 lagu birthday nih sebab tu aku rasa seram je kuikuikui. Adeiii..sepatutnya aku updatekan entry aku selepas majlis semalam tapi macam biasa,mata aku nih cepat ngantuk jadi bila sedar subuh nih aku berjuang balik menaip entry yang sepatutnya jadi cerita semalam hehehe.. 
Yuhuuu...Malam tadi kitaorang sambut serentak harijadi anak saudara sulungku yang cute (4/12/2011) dan ayah tercinta (12/12/2011).Pehhhh...walau pun takde perancangan yang hebat tapi alhamdulillah berkat usaha kakak and abang ipar aku yang sanggup kuar meyopping bersama bonda tersayang maka kitaorang berkesempatan gak makan kek harijadi semalam ngeeee..Bidan terjun memang macam nih,semuanya sempat jeeee..kek pun tak order..main rembat jer kat kedai kek.ekekek...Kau adaaa??? :-D
Projek yang mulanya aku tak berapa yakin nak menjadi nih akhirnya berakhir dengan lancar juga walaupun disambut dengan cara sederhana.Biasalah tu,kita orang nih memang dah biasa sambut harijadi dengan cara simple,tak pandai nak lebih2 or over2...cara sambutan tok kadok dibawa sampai ke anak2 sendiri lak,pengaruh zaman bebudak memang still kuat kut..Bagi kitaorang adik-beradik,kalau takde ape2 takpe,asalkan ada kek krim putar2 atas meja pun dah cukup bagus hehe..Tradisi turun temurun agak sukar diubah sebabnya kitaorang memang suka cara simple begini hehe.

Dalam aku berceloteh soal harijadi nih,disini aku ingin menggambil kesempatan untuk mencanangkan kepada satu dunia serta mewakili family yang ada untuk mengucapkan sekali lagi 
"Selamat Harijadi buat ayah dan Dina.Semoga dihari yang akan datang ini,akan diberi kesihatan yang lebih baik, rezeki yang murah, dipanjangkan umur serta sentiasa dilindungi Allah selalu walau kemana dan dimana pun berada.We love you always!" Yeay!!
 Dah cakap dah sambut simple jer,tengok anak saudara aku guna baju tidur labuh jer...yang ayah aku lak guna kain sarung je kuikuikui..simple is perfect hokeyyyy!! :-D




No comments:

Followers