Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 23 December 2011

Bestnya Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Haaa..macam mane semua,ada join aku tengok astro 104 tak malam nih? Dah tengok telefilem yang kita nantikan selama berminggu-minggu nih? ekekeke..Adehh..dalam gelap sambil mengadap laptop, aku masih tersengih sorang2 bila terkenangkan telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang sebentar tadi.Tak sabar lak nak share kat sini lepas tengok telefilem tu.Analitik aku untuk entry tu pun nampak naik mendadak lepas telefilem nih ditayangkan..hadeiii...menakutkanlah jugakkk...tak penah2 naik mendadak camnih..Aku patut rasa bersyukur gak entry aku dapat sambutan tapi dalam masa yang sama aku tetap seram hehehe...

Mak aiiihhhh...mulanya aku fikirkan citer nih jiwang karat,taktau lak banyak yang kelakar,emo pun ada gakkk ekekek..Pehhhh...satu rumah pecah perut gelak disebab citer nih wakakaka..hadoiii laa,kelakar siotttt...sesape yang nonton telefilem BMSKB tu, tau la kelakar yang macam mana maksud aku tu hehehe.Hmmm..camne nak mula ekk..Sampai ke saat ini,aku masih terkenangkan watak gadis gedik dan super bengap yang dikenali sebagai Kina iaitu best friend kepada heroin dalam telefilem nih (erkkk.. walaupun aku dengar macam diaorang panggil Tina je tadi..ngeee.).Sejujurnya walaupun watak Kina dalam citer nih cuma sebagai pelakon pembantu,aku rasa watak dia agak menarik dan menonjol daripada watak utama dalam telefilem nih.Nampak macam pelik dan selamba je kannn tapi seperti yang aku katakan selalu...yang pelik itulah yang kita suka nak lihat..tol takk?? hehehe..Serius aku memang memuji lakonan minah tu(aku taktau nama dia sebenar daaa) dan suka..sukaaa..sukaaaaa sangat dengan watak gedik Kina tu tadi.Antara words yang suka aku dengar yang keluar daripada mulut Kina ialah  "Sorry to say ekk.." ..word2 yang lain aku tak pat nak ingat sangat sebab kebanyakkan ayat yang keluar dari mulut dia memang tunggang langgang..Pendek kata gelagat dia begitu mencuit hati kita sebagai penonton...cute tol kannn... :-D

Walaupun aku asyik bercakap tentang watak Kina dalam entry aku yang nih,itu tak bermakna aku membelakangkan watak Alia (lakonan Elfira Loy) dan Andy (lakonan Randy Pangalila) iaitu hero dan heroin dalam Biar Mimpi sampai ke Bintang nih.Helllooo..watak hero dan heroin tetap superrrr hokeyyy..itulah kelebihan watak utama..ada jer something yang memikat hati kita hehehe..Sebenarnya dua watak utama nih masing2 ada kekuatan sendiri.Ye laaa..Alia dengan sikapnya yang agak kurang yakin dengan kehidupan dia yang serba kekurangan atau lebih senang aku katakan agak merendah diri manakala Andy pula memegang watak pemuda yang berada yang mempunyai sikap agak terburu-buru dalam menilai sesuatu tapi masih ingin mencuba untuk memperbaiki.Gabungan dua pelakon ini aku kira sememangnya nampak serasi dan diserikan lagi dengan beberapa watak2 pembantu yang ngetopppp dan kita sendiri tahu kekuatan mereka masing-masing.Oklah aku tak la nak komen lebih2 cuma aku leh katakan disini..telefilem nih memang besttttt..dan sesuai untuk semua peringkat umur..kalau tak nonton or terlepas telefilem nih tadi tentu ada yang rasa rugi hehe..Tapi aku pun berharap Pihak Astro akan membuat ulangan lagi lepas nih sebab aku sendiri pun masih tak puas tengok Alia,Andy dan Kina hehehe..Harap ade je laaaa..Owh ye..terima kasih buat pegunjung blog aku secara sengaja or tak..Sesungguhnya korang buat aku happy malam nih.Yeay!

Ni 3 entry aku yang bercakap tentang tajuk yang sama..leh click kalau rajin termasuk lagu yang aku bubuh kat youtube gak..

3.http://www.seripelangidivra.blogspot.com/2011/12/sekali-lagi-untuk-mencintaimu.html

 Sape tak seram weii..tengok analitik aku ni..adeii tak sampai 5 minit telefilem tu habis tetiba analitik aku naik mendadak hingga mencecah ratusan penggunjung yang masuk blog aku sebelum tiba jam 12malam untuk tarikh 22 Dec..terlopong aku nih sebab kebanyakkan carian di google menggunakan kata kekunci yang sama atau mencari lirik lagu Untuk Mencintaimu iaitu lagu tema untuk Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..Tu baru analitik untuk 22 Dec belum masuk yang 23 Dec kwang..kwanggg..kwanggggg

2 comments:

Anonymous said...

antara dialog KINA yang mencuit hati ialah: I dont want to care! & What is my wrong?

seripelangi said...

hahaha..ye betul tuuu..lucu lak bila teringat balik...makaceh sebab berkongsi :-D

Followers