Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 4 December 2011

Sejuta Ringgit Moneydrop dah start

Kalau dulu kita biasa dengar dan tengok rancangan "Who wants to be a Millionaire" dikaca tv sekarang kita dah ada RM1,000000 Moneydrop!..huhu..Sejuta Moneydrop nih adalah satu lagi rancangan baru di Malaysia yang bercorak gameshow. Ini adalah salah satu gameshow yang sangat popular di UK ye..jangan pasan lak ingat orang kita yang cipta permainan nih hehehe.. Persamaan dua gameshow nih ialah harus bijak menjawab soalan dan strategi menayang duit berkepuk-kepuk atas meja supaya kita yang tengok pun terkebil-kebil sama ekekek..kaya ler orang yang join gameshow nih ye...:-D

Baru malam tadi aku mengikuti rancangan sejuta ringgit moneydrop kat Astro Ria ..apsss..rancangan ni baru start ye..3 December 2011.Seperti yang war-warkan oleh pengacara rancangan tersebut iaitu AC Mizal, rancangan Sejuta Moneydrop ini disiarkan buat pertama kalinya di kaca tv kita semalam.Hmm..rancangan yang disiarkan selama sejam bermula jam 10pm hingga 11pm nih, aku kira punya keunikan dan daya tarikan tersendiri. Aksi-aksi dan telatah peserta juga boleh buatkan kita menggeleng kepala dan tersenyum sendiri bila melihatnya hehehe. itu baru 2 group pasangan,belum masuk group lain hehehe..Macam-macam adaaaa... :-D

Tajuk rancangan pun dah letak Moneydrop,sape yang tak paham cara main pun dah sekelip mata jadi faham.Sekali aku nonton rancangan nih,terasa macam menggimbau zaman hingusan aku dulu-dulu je..,tapi time bebudak kita hanya mampu guna biji getah dan dadu getah buatan sendiri je haha.Apa yang aku perhatikan,bermain Sejuta Moneydrop nih pula perlu pandai menjawab soalan dengan cepat serta berani menghadapi resiko dengan meletak berapa banyak duit yang ada pada ruang tertentu.Ye arrr..aku sendiri pun dapat tengok duit jatuh bergolek bila peserta tersilap jawab..tanda-tanda Moneydrop kut kwang3x.Kalau ilmu tak cukup didada memang susah nak lepas kuttt hehe..

Oklah,malas aku nak merepek dengan panjang lebar,sesape nak saksikan rancangan 1,000000 Moneydrop nih leh la ngadap Astro Ria di saluran 104 setiap sabtu dan ahad ye dan sesiapa yang rajin nak selak web2 tu leh la gi ke www.moneydrop.com.my Ada kalangan kita yang bakal atau ingin bergelar jutawan tu,leh la try Sejuta Moneydrop nih,siapa tahu nasib dan rezeki menyebelahi anda semua.Belum cuba belum tahuuuuu...Yeay!

2 comments:

sabree hussin said...

gameshow macam mana pulak main dia ni? pertama kali dengar.. kalau tak ter klik blog ni.. tak tau bila akan dengar pasal gameshow ni pulak

seripelangi said...

main ala-ala saham hahaha...silap teka..rugi wooo hehe..

Followers