Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 1 December 2011

Terima Kasih yang View

Cepatnya masa berlaluuuuu!!..,hari ni pun dah 1 December 2011.Wow!!!..pejam celik pejam celik,rupanya
kita dah masuk ke bulan terakhir dalam kalender tahun 2011.Ini bermakna kita cuma ada sebulan je lagi sebelum melangkah ke tahun 2012.Ye seperti orang lain,aku juga excited dengan ketibaan tahun 2012 tapi dari sudut lain aku juga terasa ingin perlahankan sedikit masa yang tertinggal ini. Rasanya tahun ini berlalu dengan pantas sekali..Alahaiii..kalau aku ada magic,ingin je hati ini tekan perkataan "Pause" atau "stop" macam kat remote2 tv tu hahaha Tapi itu semua tak mungkin berlaku,jadi kita harus bersedia untuk siri baru dalam hidup kita akan datang nih yerrrr.. hehehe..

Hmm..keletihan driving balik kampung petang semalam buatkan aku tak sempat untuk updatekan blog malam semalam walaupun aku dah siap on kan laptop tapi aku kalah dengan mata aku yang ngantuk tahap kritikal time tu.Pehhh..padahal semalam aku punya bertimbun untuk dishare dan untuk di updatekan sebagai entry baru tapi apa nak buat aku pun dah masuk alam lain sambil main kejar2 dengan pari-pari hahaha..Tak sedar pula yang laptopku bernyala camtu sampai ke pagi hehe..ampes jer kannn hehe..

Malam ini idea aku tak seperti semalam,hari ini kekeringan cikit mungkin disebabkan hari ini aku banyak menapak depan tv je sambil layan drama-drama favourite aku seperti cendralella Stepsister dan Tengtang Dhia jer hehe.Dengan idea aku yang seperti nyawa-nyawa ikan nih,rasa macam bernafas semula bila aku skodeng profile youtube aku malam nih.Dah agak lama aku tak jenguk situ,tapi malam nih aku terpanggil untuk check semula profile youtube  yang aku biarkan camtu jer berminggu-minggu hehe..Nampaknya
melihat profile youtube aku sebentar tadi,membuatkan aku tersenyum sendiri.Aneh jer rasa senyum sorang nih macam aliennn! hehe..

Pas tengok profile youtube,perasaan berdebar aku masih belum hilang.Lagi aku tersentap bila tengok jumlah orang yang view video lirik Gemuruh Suara yang aku sharekan di Youtube dulu.Adeiii..rasanya aku baru 3 minggu letak videoclip Gemuruh Suara kat situ tapi jumlah orang yang view diluar dugaan aku.Satu angka yang agak tinggi bagi pencapaian peribadi setakat ini dan sekaligus buatkan aku suspen.Hati aku rasa
happy pun ada gak,rasa macam dihargai pun ada walaupun usaha aku cuma letak lirik sesimple mungkin kat screen videoclip asal lagu Gemuruh Suara tu.

Ye...aku sedar,dengan keadaan server yang slow time tu dan videoclip yang tersekat-sekat,aku tetap publishkan walaupun aku tahu tak sempurna dimata semua dan aku sendiri.Pehhhh!!!..Waktu itu aku cuma berharap dan redha jer dengan apa jua komen yang bakal aku baca di situ.Maklumlah bukan semua yang suka,jadi aku harus bersedia untuk komen yang positif dan negatif.Pada mulanya aku rasa aku sorang jer yang view tapi taktahu pula ada gak kalangan kengkawan yang berminat nak nyanyi sama lagu nih yer..sebijik macam aku mula-mula dengar lagu nih dulu arrr..ngeeeee..Untuk itu,aku ucapkan Terima kasih kat semua yang pernah view videoclip tu....I love you all lahhh!!Yeay!!..
Setakat hari ini iaitu 1 December 2011,jumlah yang view dah cecah 14,945 penonton.Baru 3 minggu aku tayang kat youtube

Nota: Baru aku pasan, dalam sehari lebih kurang seribu lebih penonton yang view situ....halamakkk!!..seramnyeee!! :-s

No comments:

Followers