Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 9 December 2011

Hari Ini Ayah Pencen


 Image Source : Yahoo search

Perjalanan ke bandar Sibu hari nih mungkin sedikit meletihkan aku tapi tak  bermakna itu akan mematahkan semangat aku untuk terus menaip di blog pada malam nih..Hmm..rasa cepat je masa berlalu..pejam celik pejam celik akhirnya ayah pun diiktiraf pencen sepenuhnya hari nih dan hari ini juga merupakan hari terakhir ayah berkhidmat dalam Kerajaan Negeri Sarawak setelah beberapa kali bertukar2 berkhidmat di dalam Jabatan2 kerajaan.Wahhh..hampir berpuluh2 tahun ayah berpenat lelah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan pekerja dalam kerajaan,tak sangka inilah saat dimana semuannya akan berakhir dalam sekelip mata.Syukur sesangat dengan hasil usaha ayah selama nih..aku dapat melihat setiap perubahan yang keluarga kami kecapi dari dulu hingga sekarang.Bezanya sugguh tak dijangka,kalau dulu ayah cuma memiliki basikal tua untuk ke pejabat,kini sudah ada kereta sendiri pula sesunggunya aku bangga dengan pencapaian ini.Dan kini kami adik beradik pula punya masa depan sendiri atas usaha keras ayah menyekolahkan kami melalui hasil titik peluhnya selama ini..Ya Allah..tak terbayar jasa ayah selama ini..Dari kami yang tak tahu apa2 hinggalah setiap daripada kami menjadi seorang insan yang penuh ilmu didada.

Kini ayah dah pun berusia 58 tahun dan ini bermakna dah hampir 38 tahun ayah bekerja.Wow..aku diberitahu ayah dah mula bekerja dalam usia yang baru mencecah 20 tahun iaitu sekitar 1973...huyoooo...lame tuuuu,alhamdulillah juga sebab ayah masih larat menyambung selama 3 tahun lagi sebelum ini dimana dia sepatutnya berpencen pada usia 55 tahun..tak biasa duduk termenung je kat rumah katanye hehehe...Agaknya camne lah perasaan ayah aku bila dah pencen camnih ye.Adakah hari terahir nih sedikit mengganggu emosi ayah aku  atau buatkan dia rindukan balik staff2 dan kerja lama yang akan ditinggalkan selepas ini.Kalau aku ditempat ayah,dah pasti aku tak ada mood sepenjang hari dibuatnya hehehe..sensetif lah katakannnnn..nasib baik ayah bukan secair aku  :-D
Image Source: Yahoo Search

Adeii...bila hari ini aku tanya tentang hari terakhir ayah bertugas,ayah dengan happy menjawab "Aku Bebas" tapi dalam masa yang sama aku pun tak tahu nak ucap apa..Nak ucap tahniah pun aku jadi serba salah, last2 aku pun cuma dapat tersenyum dan mendiamkan diri je.Takut gak kalau aku cakap tahniah kang ayah aku lak rasa tak sedap hati,tetiba emo lak hahaha..almaklumlah..dia dah berkhidmat agak lama dalam kerajaan..jadi mungkin cuti panjang lepas nih akan buat dia rindu balik akan pekerjaan lama dia...hehehe...Tapi aku juga bersyukur kepada Allah kerana walaupun ayah dah bekerja hingga ke usia 58 tahun,ayah tetap nampak sihat dan segar.Alhamdulillah,ayah diberi kesihatan yang baik sepanjang usia ini.Dan semoga selepas ayah berpenat lelah selama ini, diwaktu yang terluang lepas ni..dapatlah ayah enjoy dengan hasil titik peluh dia sendiri melalui gaji pencen yang akan ayah terima tu dan dalam masa yang sama dapat berehat lebih banyak daripada sebelumnya.Untuk itu aku tumpang gembira kerana akhirnya ayah pencen dalam keadaan kesihatan yang sungguh sempurna.Oleh itu selepas ini aku mengharapkan agar ayah dapat meluangkan masa untuk diri sendiri,keluarga dan cucu2 serta menumpukan sepenuh perhatian kepada sesuatu yang selama ini dia tak pernah berkesempatan untuk melakukannya.Apa ye agaknya hobi ayah aku? hehehe..Rasanya berkebun kut hehehe..Yeay!

No comments:

Followers