Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 18 December 2011

Ulasan Aku Bukan Tomboy

"Kehadiran Farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berperwatakan lelaki.Kali pertama melihat Farisha di sebalik topeng lelaki,mereka mula jatuh hati dengan gadis itu.Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar "pengkid" antaranya Bell dan Sam"

Haaaa..ayat diatas tu aku salin bulat2 dari cover dvd "Aku Bukan Tomboy" yang aku beli..Pernah dalam entry yang lepas2 aku taip dalam blog yang aku nak tengok citer nih kann?? hehehe..Akhirnya aku berkesempatan gak tengok movie nih.Sebenarnya dah banyak hari gak aku nak mengulas citer nih tapi disebabkan kesihatan aku yang tak menentu 2,3 hari nih jadi niat aku pun tergendala berhari-hari kuikukui.Hmm..kalau ikut sinopsis yang ditulis diatas mungkin semua pun dah faham macam mana jalan citer Aku Bukan Tomboy nih ye.Nampak macam simple je kan tapi sebenarnya citer nih padat dengan pengajaran.Aku leh ketegorikan movie nih dalam ketegori yang tak membosankan sebab ada part2 yang membuatkan kita tersenyum,ketawa,geli dan kesian pulak...Itu aku rasa laa..taktau la camne korang tengok nanti .Pendapat masing2 kan berbeza.Tapi bagi aku citer 'Aku Bukan Tomboy" nih best gak walaupun kekadang aku rasa part endingnya macam ada yang tergantung je..timbul tanda tanye dibuatnya hehe..

Sebenarnya citer nih mengisahkan seorang gadis yang bernama Farisha dimana dia telah kehilangan ibu sejak dari kecil dan dijaga oleh ayahnya sendiri.Perwatakan Farisha yang agak kasar telah menimbulkan kebimbangan terhadap ayahnya dimana dia risau anak gadisnya sukar menemui jodoh suatu hari nanti.Manakala pertengkaran diantara Bell dan Sam iaitu pengkid yang menaruh perasaan cinta terhadap Farisha sejak dari bangku sekolah lagi turut mengganggu perjalanan hidupnya. Tekanan dalam menghadapi pengkid2 tersebut telah merapatkan hubungan persahabatannya dengan Harry yang tanpa disedar telah memendam perasaan terhadap Farisha.Manakala pertemuan tak sengaja telah menemukan dia dengan Burn yang merupakan seorang jejaka yang lurus bendul.Sifat Burn yang terlalu jujur membuatkan Farisha tertarik sehingga menimbulkan perasaan cemburu Harry terhadap Burn.Dan disebabkan kehadiran dua jejaka itu maka telah menyerlahkan sifat kewanitaan dalam diri Farisha.Siapakah yang berjaya memikat hati Farisha dan bagaimanakah penerimaan keluarga Burn?Nak tahu lebih lanjuttttt?? heheh..tengok la "Aku Bukan Tomboy" sendiri..kang aku citer semua jadi tak best lak .Yeay!

No comments:

Followers